Wednesday, October 17, 2012

sorotan


Sebelum sesuatu kejadian Allah akan ada hint. Sebelum hujan akan ada mendung atau sebelum mati biasanya akan sakit. Begitu juga Najib memerlukan hint untuk membubarkan parlimen. 
Adakah ketika ini Najib mendapat hint yang betul daripada para panglimanya.?

Apa yang aku nampak sokongan groosroot tidak memihak kepada Najib. BN akan tewas secara kesuluruhan tetapi umno masih mampu mengekalkan banyak kerusi.

Pada peringkat negeri pula, BN mungkin akan tewas di Perak, Negeri Sembilan, Penang dan Kedah sementara Selangor dalam keadaan pengundian yang sengit. Negeri-negeri lain BN mampu mengekalkan kedudukan kerajaan.

Bagaimana dengan Kelantan..?

Sokongan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan Pas sekarang agak merosot berbanding pada pru yang lalu. Isu air sedikit sebanyak telah membuatkan kepimpinan Nik Aziz sedikit goyah. Ia boleh dinilai dari keputusan Prk Manek Urai dimana Pas hanya menang dengan majoriti 65 undi. Walaupun isu air belum didendangkan, namun dengan bermodalkan isu tanah loging dan pembinaan sebuah jambatan, Umno berjaya  memporak-perandakan jentera Pas. 

Andai Pas bertambah kuat, sudah pasti Pas menang di Galas.

Umno telah diberikan peluang hampir 5 tahun untuk berubah. Syaf kepimpinan berubah dimana Tun Abdullah telah menyerahkan Jawatan Perdana Menteri kepada Najib pada 2009. Dalam masa 3 tahun, Najib berjaya meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Serangan Anwar.

Dengan berbekalkan pengalaman yang luas, karisma Najib dalam memimpin memang diketahui oleh Anwar. Melihat senario itu, Anwar selaku ketua pembangkang tidak membiarkan perkara itu berterusan. Oleh itu, Pakatan tidak menyerang Najib tetapi Rosmah.

Pelbagai cerita atau fitnah dilontarkan. Dari Altantuya, cincin 24juta, Scorpene, Program Permata dan bermacam-macam lagi fitnah dijaja oleh pakatan. Akhirnya mereka berjaya membina persepsi buruk kepada Najib.

Melihat kejayaan itu, Anwar mara selangkah lagi. Beliau bersama kuncunya cuba memecahkan tembok kekuatan Umno. Wanita Umno adalah tulang belakang kepada semua gerak kerja umno. Dengan berbekalkan dalang dalaman kerajaan, maka puak Anwar berjaya menghidu kelemahan Sharizat. Tanpa berlengah, jentera pakatan diarahkan untuk menyerang Sharizat kiri dan kanan dan akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai menteri.



Melihat kejayaan ini, Pkr cuba meruntuhkan tembok besar Umno iaitu negeri-negeri simpanan tetap umno iaitu Sabah, Sarawak dan Johor. Jika di Sarawak Pakatan gagal sama sama sekali tetapi tidak di Sabah. Bermula dari Lajim Ukin hingga kelmarin Yahya Lampong menukar kapal ke putrajaya. Secara peribadi aku yakin, umno masih mampu mengekalkan kerajaan di Sabah.

Johor.

Ada tanda-tanda Salahuddin Ayub memenangi kerusi di Johor. Jika kita teliti, semua isu besar dibangkitkan oleh Pkr dan bukan Pas. Oleh yang demikian, saya yakin walaupun sokongan Pas semakin meningkat, Johor masih kekal sebagai fix deposit Umno.

Yang menjadi tanda tanya dimana hulubalang Najib.?

Najib umpama panglima tanpa tentera. Kebanyakan menteri Najib tidak ada gigi. Rakyat tidak tahu siapa jemaah menteri sekarang. Rakyat hanya tahu Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

Umno mempunyai 1.3 juta ahli tetapi jentera umno seperti 100 orang. Dari ketua bahagian hingga ke ketua cawangan mereka masih lena. Mereka akan tunjuk muka ketika Najib turun kawasan sekitar. Semuanya hanya kerana ingin menjadi calon.

Lebih 20 tahun Anwar di dalam Umno. Maka tidak hairanlah jika sekarang semua jabatan kerajaan menyokong Anwar dari dalam. Mereka bertindak seperti gunting dalam lipatan yang menyalurkan maklumat tanpa sepatutnya. Sekarang ini, usah diharap penjawat awam menyokong kerajaan. Dari pengarah sampai ke tukang kebun… mereka semua adalah gurkha Anwar.

Persoalan : Adakah blogger-blogger pro kerajaan dibayar.?

/me sprm hanya membuat siasatan terpilih

No comments:

Post a Comment