Monday, February 4, 2013

hidupp anwar


Assalamualaikum & Salamsejahtera,

Marilah kita sama-sama berdoa supaya TNB tidak dipecahkan dan akan terus menjadi syarikat utiliti bersepadu (Vetically Integrated Utility -VIU).

Mari juga kita terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan & pihak stakeholder supaya mereka gembira dengan prestasi & perkhidmatan TNB dan imej TNB cemerlang.

Tahukah kita bahawa bisnes pembekalan elektrik semakin dimiliki oleh pihak lain?

Bermula dengan IPP dimana sebahagian bisnes di peringkat penjanaan telah dipunyai oleh pihak lain.

Tahukah kita bahawa telah ada syarikat2 yang mendapat lesen  dan membekalkan elektrik di peringkat Pembahagian?

Tahukah kita bahawa pembekalan peringkat pembahagian kepada Mid-Valley Mall, salah satu bangunan Apartment baru di situ, One Utama dan ada perumahan di Bandar Utama, KLCC, dll bukan-nya TNB?

Tahukah kita ada pihak2 yang membeli bulk supply dari TNB dan menjual kepada pengguna (satu bentuk Independent Power Distributor - IPD)?

Cuba kita selidiki fakta2 yang ada dan memahami cabaran yang TNB hadapi.....

Mungkin ahli-ahli daripada Bahagian dan Jabatan berkaitan boleh berkongsi maklumat berkaitan persoalan-persoalan diatas dan memberi pencerahan terhadap cabaran2 yang kita hadapi untuk makluman & kefahaman bersama.

Jika TNB dipecahkan atau diregulasi berlaku maka kesan-nya ialah CA mungkin tidak terguna-pakai dan segala manfaat yang kita ada sekarang mungkin hilang. Malah kerja yang kita ada sekarang juga mungkin hilang jika TNB dipecahkan atau diambil-alih.

Persoalan-nya, adakah antara kita masih mempunyai pemikiran "Ada aku kisah"?

Mempertahankan kebajikan wargakerja dan TNB bukan tugas kesatuan mahupun pengurusan sahaja, tetapi tanggung-jawab semua wargakerja.

Fikir-kan sendiri.

/me tak nak aku undi BN.... >>> hidup Anwar <<<

No comments:

Post a Comment