Aku kecewa dengan dua penulisan yang dangkal pemikiranya.
Artikel pertama ialah dari suarapakatanrakyat.
Adakah ia wajar? Inikah
yang dinamakan ‘jantan’?
Laman ini melihat, penggunaan semua persenjataan berkuasa tinggi
ini sekadar membuktikan kerajaan Malaysia ini pengecut kerana menggunakan kekuatan udara yang
tidak dimiliki tentera diraja Sulu untuk menghapuskan mereka.
Peperangan ini bukan pertandingan seperti tinju yang mengikut
kategori untuk menjadikan sesuatu pertanding itu adil. Semua negara memang
tidak mahu askarnya terbunuh. Jadi tidak salah ATM menggunakan jet untuk
memusnahkan penempatan musuh.
Jika dia berhujah mengapa tidak sahaja
menggunakan PT91.?
Semua orang tahu pihak ATM sudah mengkaji sedalam2nya
tentang sesuatu operasi. Mungkin pihak ATM tidak mahu mengambil sebarang risiko
kerana penceroboh memiliki RPG yang mampu memusnahkan kereta perisai ataupun MBT.
Disamping itu, penceroboh bukan sebarangan penjenayah. Mereka bukan perompak
kedai emas, tetapi penceroboh adalah militan yang terlatih dan berkemungkinan mempunyai
senjata berat.
Kalau serangan kita dikatakan melampau kerana menggunakan
senjata berat, nak tanya… satu je soalan… dah tau tebuan itu boleh menyengat
kenapa sarang tebuan itu nak dijolok..? Kalau aku panglima perang… bukan 5
batalion.. aku hantar 10 batalion terus….. sebab aku mampu.
Nak runding apa lagi kalau dah 8 orang anggota polis dah
mati..? Kita yang clik2 depan komputer menulis macam bagus sangat. Suruh masuk
askar tak nak…. Tapi berlagak macam bagus. Sibuk mengira kos sana sini.
Artikel kedua ialah dari greenboc. Dia seperti menyokong
penunjuk perasaan di Filipina hanya kerana mereka membakar poster Najib. Orang
macam ini pun ada. Kalau yea pun tak sokong Najib tapi takan la sampai nak
sokong penceroboh plak…
Terbukti ke Najib dalang dalam serangan ini..? Keluar hadis
berjela2… tapi hati itu langsung tak bersih. Cet….
Kenapa aku menulis…? Sebab ini luahan perasaan aku. Aku baru
je menyembang dengan 3 orang yang mengatakan pencerobohan ini konsipirasi Najib. Brother itu
hanya clik2 telefon… baca Malaysiakini harakah dan blog2 pembangkang. Dia dah
rasa macam dia tau semua tentang perjalanan pencerobohan ini. Malah kalau
menyembang, ibaratnya dia lebih tau dari orang lain. Macam la orang lain tak
membaca. Hua hua….
Aku takde la infomer bukit aman… tapi aku tau gak misi2
polis kat sana. Untuk apa kita dedahkan kepada umum kalau pendedahan itu boleh menjadi senjata musuh. Memang aku ada la kenal beberapa SB...tapi untuk apa kita dedahkan rahsia yang sepatutnya rahsia tetap
rahsia..
/me kekadang kita rasa kita lebih tahu dari orang lain… kekadang
kita rasa kita lebih hebat dari orang lain sehinggakan kita selalu lupa bahawa
manusia ini tidak ada yang sempurna. Allah jadikan manusia ini punya kelebihan masing2.
No comments:
Post a Comment