Thursday, March 7, 2013

suarapakatakanrakyat


Aku memang suka sembang politik tapi tidak sampai bebal sehingga semua benda hendak dipolitikan semata-mata untuk memenangkan sesuatu parti. Aku rakyat yang tidak ada kepentingan politik jadi aku menyembang pun sebagai rakyat.
Aku akui aku tertarik dengan suarapakatanrakyat. Walaupun blog tu baru setahun jagung tapi blog itu menggamit aku untuk membacanya. Aku dapat rasakan, penulis bersungguh2 untuk menaikan ranking traffic dengan pelbagai hujah walaupun bila aku baca hujahnya tidaklah sehebat blog2 yang ternama.
           Untuk nota, blog ini bukan blog untuk orang membaca jauh sekali mencari ranking… tapi sekadar nota aku untuk hari2 akan datang. Jadi bila ada yang sesat membaca, tak perlu komen.
Tertarik bukan dengan isi kandungannya tapi tertarik dengan…… cuba nilaikan sendiri..
  1.      Kecil hati kerana tuduhan UMNO/BN bahawa Anwar adalah orang yang terlibat dalam hal ini melalui kerjasama dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
  2.  Gesaan supaya perbincangan meja bulat antara pemimpin kerajaan dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan perkara ini ditolak mentah-mentah.  Sedangkan ramai melihat kejadian pertumpahan darah dapat dielakkan kalau pemimpin Pakatan Rakyat dilibatkan dalam perbincangan dengan pihak Kesultanan Sulu.
  3.     Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini. 

Kecil hati..? hujah bertaraf lawak antarabangsa. Sebagai pemimpin yang dikatakan bakal memimpin negara dan pemimpin yang dikatakan pemimpin agung, pemimpin yang baik, pemimpin yang jauh lebih baik dari pemimpin umno sepatutnya mereka bersama rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk memberi penghormatan. Tapi… heran bin ajaib.. mengapa hanya Khalid Ibrahim yang datang memberi penghormatan. Dimana Hadi Awang.? Dimana Anwar..?
Aku nak kata penulis ini bebal… kang dia marah. Tapi cuba kita kaitkan hujah pertama dan ketiga. Nampak sangat bebalnya. Anwar kecil hati kerana dikaitkan dengan pencerobohan yang didalangi Nur Misuari. Tapi pada masa yang sama mengakui Anwar mempunyai hubungan yang akrab dengan Nur Maisuri. Lol….
Jadi tidak salah kalau ada yang menyakat Anwar adalah dalang yang mendalangi pencerobohan di Sabah. Kalau kita baca AIDC, Anwar menafikan lawatan Tian Chua ke Filipina 2 hari sebelum pencerobohan ada kaitan tentang isu tersebut..? hehhehe… boleh percaya ke cakap orang politik..? keh keh…. kena lak Tian Chua... sume orang tahu siapa Tian Chua

No comments:

Post a Comment