Thursday, March 21, 2013

berundur laa....


Keluasan Singapura dan Brunei adalah jauh lebih kecil dari Malaysia dan Indonesia. Tapi dari segi nilai kekayaan negara, mereka adalah negara terkaya di dunia. Umum mengetahui kekayaan Brunei dihasilkan dari minyak yang banyak dan faktor rakyatnya yang sedikit. Tapi kekayaan Singapura agak menarik kerana kekayaan negara itu bukan dari hasil bumi tetapi ia dihasilkan melalui perdagangan.
Oleh kerana aku tidak pernah membaca ekonomi, secara jujurnya mungkin kejayaan Singapura adalah kerana pemimpinya. 

Singapura ini ialah negara interport. Mereka bukan pengeluar tapi mampu menjual barangan. Singapura ini boleh diumpamakan sebagai sebuah perniagaan trading  iaitu import dan eksport kembali barangan tersebut. Bahasa mudah, Singapura ini ialah lintah darat. ( harap kefahaman aku tentang basic ekonomi tak silap).
Jika Singapura berjaya dalam perdagangan enterport mengapa Malaysia bersusah payah belajar membuat kereta sedangkan pendekatan perniagaan ini terbukti berjaya ?
Untuk aku tidak jawapan tapi jika ditanya akal, Singapura ini ialah anak Israel. Senat Amerika boleh beri kelulusan penjualan senjata penting kepada Singapura tetapi tidak kepada Malaysia. Mungkin sebab itu pesawat pejuang kita (Mig29 dan MKM) dibeli dari Rusia. Oleh kerana Malaysia ini pandai bermuka-muka, senjata Malaysia diwarnai dari pelbagai negara termasuk Hornet yang mengembom lanun sulu. Yea kalau ada duit semua benda kita boleh beli tapi kita jangan lupa, pembelian melibatkan senjata ketenteraan, ada istilah embargo.
Semua negara, Allah berikan kelebihan. Gurun dianugerahkan minyak, bukit bukau penuh dengan hasil balak, pantai yang cantik boleh menjana ekonomi. Hakikatnya maju atau mundurnya sesebuah negara bermula dari kebijaksanaan rakyatnya untuk memilih pemimpin.
Indonesia mundur bukan kerana perut buminya kosong tapi mundurnya negara itu kerana korupsi yang berleluasa. Walau rasuah di Malaysia tidak seteruk negara tersebut, tapi elemen itu tetap ada.
Jika orang umno rasuah adakah pembangkang bersih.? Kalau pemimpin PKR adalah sisa Umno, adakah tok lebai Pas tidak mendapat projek-projek kerajaan.?
Sepatutnya selepas pilihanraya negeri yang lalu, ketua menteri Sarawak bertukar tangan. Tapi malangnya Abdul Taib Mahmud masih berkuasa. Politik di Sabah dan Sarawak bukan seperti di Semenanjung, jadi adalah lebih baik rakyat Sarawak sendiri yang menentukan apakah yang sepatutnya mereka lakukan.
Mungkin clip video ini memberi sedikit inspirasi untuk rakyat Sarawak.




No comments:

Post a Comment