Wednesday, March 20, 2013

wajah



Walau air mata ini hampir tertumpah, hati ini sering berbisik. Jangan dikenang kisah yang sudah berlalu. Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan untuk kita menjadi manusia yang tabah dan lebih beriman. Yang penting jangan sesekali kita berputus asa untuk keluar dari keperitan itu.

Kehidupan sekarang sudah jauh berubah. Secara peribadi aku amat kagum dengan Tun Mahathir. Bukan kerana dia membuat KLCC atau putrajaya, tapi kesungguhan beliau dalam menghapuskan airmata kesusahan rakyat terdahulu.

Pernah menyarankan kepada pakcik aku untuk mengundi pembangkang. Sambil membancuh kopi, pakcik aku menasihati “ kau tak tahu macam mana susahnya dahulu. Kalau kau ada hati, lihat belakang, lihat sekarang dan cuba lihat masa depan.”

Aku sedar, ramai yang membenci beliau terutama penyokong pembangkang. Walau dilabel mahafiraun, mahazalim tapi beliau tidak pernah patah semangat. Ada suara nakal yang menyatakan beliau masih aktif kerana anaknya atau takut dengan Anwar akan membongkarkaan kezaliman beliau selama ini.

Sebagai negarawan, tidak mungkin Anwar akan berjaya menyelongkar laci pentadbiran Tun. Hanya orang yang taksub dengan omongan politik sahaja yang terpedaya dengan pandangan seperti itu.

Memang benar, pengalaman kehidupan aku lebih muda dari sebilangan besar penyokong pembangkang dan kehidupan aku tidaklah seperit mereka. Sebab itu aku tidak layak menasihati orang yang lebih tua dari aku tentang kehidupan.

Setiap orang ada pendirian dan kita wajar mendengar setiap pandangan walaupun ia berbeza dengan pendapat kita. Pebezaan itu sebenarnya bergantung dari sudut mana kita lihat. Sebagai contoh, ada seekor gajah dan 3 orang yang matanya tertutup. Sahabat pertama memegang kaki gajah, dia akan rasa gajah itu sebatang pokok. Sahabat kedua jika kita memegang telinga gajah akan merasakan gajah itu kipas begitu juga dengan sahabat yang ketiga yang memegang belali, dia akan menyatakan gajah itu tali kapal.

Apa yang aku harapkan hanya satu, kedamaian dan nilai kemakmuran akan kekal. Biar kita berbeza pandangan tapi jangan sampai kerana politik negara kita musnah. Biarlah derita yang lalu tidak berulang kembali. Biarkan ia menjadi sejarah orang-orang terdahulu.

No comments:

Post a Comment