Saturday, April 6, 2013

Adakah Pakatan Lebih Baik Dari BN


Muka dalam gambar ni mirip gambar Anwar. Rakyat penyokong pakataan termasuk Nik Aziz menerima seadanya beliau. Kalau la gambar ini gambar najib atau sorang menteri Umno. Apa pula kata mereka..?

Ramai penyokong pakatan di atas pagar mahukan Umno menang. Mereka hanya yakin dengan umno berbanding dengan pakatan. Mereka tahu kerusi pakatan dikuasai  oleh Dap maka mereka tidak boleh mengharapkan Pas untuk membela nasib mereka.

Bagi meredakan kemelut Pkr di Selangor, Wan Azizah akan dicalonkan sebagai menteri besar. Andai ia terjadi, malang buat rakyat Selangor kerana Wan Azizah tidak ubah seperti pepatung. Kalau selama ini pakatan membuat presepsi kronisme dalam umno, apa bezanya dengan pakatan. Umum mengetahui, Pkr itu milik keluarga Anwar sementara Dap itu milik Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Bila bercerita politik, banyak perkara kita boleh cerita dan ulas. Sebagai contoh, mengapa pakatan tidak mahu mendafatarkan pakatan mereka dalam satu bendera.? Mereka kata sepakat dalam membuat dasar tapi pada masa yang sama mereka bergaduh sesama sendiri dalam berebut kerusi. Jadi bagaimana Pakatan boleh mendakwa mereka lebih baik dari BN.?

Semalam aku sengaja mengacah kawan fesbuk yang sering share berita-berita pakatan. Dia mendakwa di Pulau (penang ), ferry, transportation, heritage semakin baik dan nampak perubahan. Aku balas dengan mendakwa, di tanah besar macam tiada perubahan. Dia tak pasti keadaan itu tapi semasa dia membuat promosi perumahan di area Bukit Minyak harga rumah ada meningkat. Maksudnya, tempat disitu juga bertambah baik.

Mudah kan penyokong pakatan menerima kebaikan pakatan dan memperlehkan kebaikan yang dibuat oleh kerajaan BN. Adalah biasa harga hartanah akan naik terutama di bandar. Masakan di negeri BN tidak ada perubahan langsung. Aku ambik contoh mudah. Dulu rumah di Seremban 2 berapa ribu dan sekarang berapa ribu. Lihat pada kawasan Labu Instek atau kawasan di Jempul. Sudah pasti ada kemajuan. Itu perkara remeh. Tapi oleh kerana kita tidak membuka seluas-luasnya minda, kita akan terpesona dengan apa yang diwar-warkan oleh pembangkang.

Pagi tadi kebetulan x sarjan armor bercerita tentang mengundi pakatan rakyat. Aku memang tak pernah minum dengan dia dan kebetulan ketiga2 yang duduk dengan aku semua adalah x askar. Kebanyakan anak-anak mereka semua masuk universiti dan ada diantara anak-anak mereka belajar sampai ke UK dan Australia dan selebihnya hanya local university. Takpe la. Aku dengar cerita mereka dan hujah mereka. Demi kelangsungan sesuap nasi meraka percaya apa yang Rafizi cakap.

Kesimpulan dari cerita mereka hanya berkisar dengan kelangsungan hidup dan aku membuat kesimpulan, sekurangnya anak-anak mereka dah sampai universiti dan aku dapat rasakan untuk masa akan datang peluang kejayaan anak aku akan lebih sukar berbanding dengan mereka.

Kalau tukar kerajaan itu lebih baik, kita tukar la. Tapi kalau lihat dari track record kerajaan Selangor sekarang, aku tak percaya Pakatan lebih baik dari BN.

No comments:

Post a Comment