Wednesday, April 24, 2013

air naik lagi.....


"Opah, banjir tu rahmat juga ke opah,? iyea.. sebab ia mengingatkan kita untuk mencuci longkang. " ini ayat Opah kepada upin dan ipin.





Air naik lagi di depan sekolah Sri Serdang walaupun tidak seteruk banjir tahun lepas yang mengakibatkan highway plus ditutup untuk beberapa jam. Pemerhatian aku selepas banjir sampai sekarang longkang di tepi highway masih tidak dicuci. Pihak majlis@kerajaan Selangor hanya membaiki pagar yang roboh dan jalan di tengah persimpangan traffic light UPM. Itu pun sebab jalan rosak teruk sampai kereta tak boleh nak lalu. 
Memang kalau sudah ketentuan untuk banjir, kita tidak dapat menghalang. Hampir 30 tahun tidak berlaku banjir di kawasan ini. Tapi disebabkan longkang tidak diselenggara dengan baik, maka akibatnya rakyat yang mendapat bencana. Yang membuatkan aku jengkel, sepatutnya selepas banjir buat la tindakan susulan yang konkrit dan bukan buat sikap tak acuh.
Sungai Chua kajang di bawah MPKJ. Ada seorang mekanik, tanya aku nak undi siapa. Pendekkan cerita, disebabkan banjir sikit dia nak undi Dap sebab MCA tak nak tolong. Then aku tanya, Majlis ada cuci longkang tak..? dia jawab tak… then… kenapa nak salahkan MCA tak datang tolong kalau majlis tak cuci longkang. Ini negeri bukan bawah MCA. Kalau saya YB pun, saya tak berani nak datang kalau banyak masalah.
Kalau betul la kerajaan Selangor efisen takde sebab aku menolak pakatan. 2 Billion dalam bank bukan bermakna kerajaan bagus. Bagus sesebuah kerajaan bagi aku ialah ada duit walau sedikit tapi rakyat sejahtera.
Berbaloi ke kalau air free RM 12 tapi kadangkala air dicatu?  Aku sanggup tidak ada air percuma asalkan paip di rumah sentiasa mengeluarkan air. Aku sanggup tidak ada TAWAS kalau kawasan sekitar diselenggara dengan baik. Aku nak tanya , berbaloi ke kalau rumah kita dilanda banjir.? Berapa kita rugi kalau harta benda kita musnah..?
Cakap macam dialah kerajaan yang terbaik walhal banjir sana sini. Tempat yang tak pernah banjir pun banjir…. Uhh…

Banjir di kawasan yang sama
Sebab area Sri Serdang banjir highway plus tutup

No comments:

Post a Comment