Friday, April 26, 2013

Rakyat hilang keyakinan


Seperti yang dibentangkan card report Najib, indeks jenayah dikatakan turun melalui program National Key Result Areas (NKRA).
Mungkin indeks jenayah turun tapi jika kita baca laporan akhar kejadian menembak semakin kerap berlaku. Semalam seorang  lelaki India mati ditembak, hari ini Timbalan Pengarah Kastam ditembak. Tiga jam selepas itu seorang lagi mati di tembak  di bulatan Cheras. Tak tahu la esok siapa mangsa seterusnya.
Adalah lebih baik pihak polis memberi jaminan dan membentangkan laporan awam kepada masyarakat umum tentang isu ini. Kejadian menembak di persimpangan jalan atau di tempat awam sudah menjadi kebiasaan. Rakyat seperti tidak ada jaminan keselamatan oleh pihak berkuasa dan menidakkan keberhasilan indeks mengurangkan jenayah.
Lokasi kejadian timbalan ketua pengarah di tembak (berselebelah IPD )
Percentage jenayah ini disumbang dari kegiatan kongsi gelap. Senjata mereka banyak diseludup dan ada juga kes senjata ini adalah bertuan atau sah. Yang mengecewakan ialah tindakan pihak polis dalam membendung gejala ini.
Jika ada penjawat awam menjadi sasaran bagaimana mereka akan menjalankan tugas dengan baik. Aku percaya, sindiket dinaungi oleh orang besar dan ada pihak polis yang menjadi sekutu mereka.
Indeks ragut, pecah rumah dan jenayah lain memang ada penurunan tetapi jenayah menggunakan senjata api yang berunsurkan kepada kegiatan pembunuh upahan amat menakutkan. Apakah D9 sudah tidak mampu menumpaskan sindiket ini..?
Kalau dulu cetak rompak boleh dibendung dan dihapuskan kenapa bukan jenayah ini.? Bagi aku segalanya terpulang kepada pihak polis. Kalau terlebih kenyang, mata yang terang pun jadi buta.

No comments:

Post a Comment