Monday, May 13, 2013

Ftnah makanan ruji pakatan

Banyak sebab mengapa Bn kurang mendapat sokongan ketika ini. Secara kasar aku andaikan BN tidak relaven kerana beberapa faktor yang ketara. Salah satunya semua parti komponen tidak uptodate dengan perkembangan semasa.
Umno sepatutnya berterima kasih dengan rakyat Kedah kerana negeri ini telah menyumbang banyak kerusi termasuk kerusi Pendang yang terkenal sebagai kubu kuat Pas. Umno menang di Kedah bukan kerana umno bertambah baik tetapi masalah dalaman Pas yang kronik telah membuatkan umno mendapat maanfaat. Ada yang menyatakan, Azizan lebih merelakan negeri itu jatuh ke tangan BN daripada ia jatuh ke tangan Syiah.
Kalau umno masih berkempan dengan cara menyajikan lagu ‘sayangi Selangor ’, pru akan datang kemungkinan umno boleh menjadi pembangkang yang baik di dewan rakyat. Pru yang lepas, aku boleh katakan umno seperti tidak bersedia.
Banyak maklumat dari pihak lawan diketahui, tetapi aku lihat umno seperti bersahaja tanpa mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak lawan. Sebaliknya umno masih mengambil pendekatan kempen 30 tahun lepas.

Dua minggu kempen, facebook penuh dengan kecantikan pembangkang. Dengan hanya statistik atau gambar, orang atas pagar telah terpengaruh dengan janji dan fitnah pembangkang. Umno langsung tidak bersedia dengan serangan ini lalu…. Ia boleh dilihat dari keputusan pilihanraya.
Ini hanya contoh kecil kerana serangan ini tidak akan berjaya jika pakatan tidak membuat persedian awal. Bertahun-tahun lamanya mereka telah menyebarkan fitnah melalui group facebook dan blog tanpa sekatan. Lebih malang, berita kekalahan utusan disaman dijadikan bukti utusan atau umno adalah pemfitnah tegar.
Aku lebih suka kalau orang umno yang difitnah tampil ke depan dan menyaman pemimpin atau blogger pembangkang. Ia secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada blogger mereka agar mereka tidak mudah untuk menyebarkan fitnah.
Salah satu kesilapan umno yang paling ketara ialah membantu negeri pembangkang dengan modal yang besar berbanding dengan negeri BN. Ini telah mengakibatkan rakyat dan pemimpin umno tidak mahu negeri itu ditadbir oleh BN.
Perkara ini bukan sahaja kepada pemimpin umno, tetapi parti komponen seperti Mca, Mic, Gerakan juga mengambil tindakan yang sama. Mereka seakan ingin sabotaj umno dari dalam. Adalah mustahil parti cina ini tidak mengetahui apa yang Dap lakukan. Oleh kerana kepentingan bangsa, mereka berpura-pura sudah melakukan yang terbaik, walhal merekalah musang berbulu ayam.
Jika umno tidak merombak badan pemikirnya, maka umno tidak akan berubah dan umno akan menjadi legasi dalam lipatan sejarah.

No comments:

Post a Comment