Thursday, May 23, 2013

melajukan internet


Salam The Hykerz sekalian..heheheh..
(official plak aku guna nama ni untuk Followers blog MyHAC..)

Entry kali ni aku nak ajarkan benda yang senang aje..SANGAT senang..
kita mulakan terus la ye? malas aku nak intro panjang-panjang..takut korang tak terbaca pulak..


Mula-mula sekali Klik:


> Start

> Kemudian klik Run...

> Taip gpedit.msc

> Akan keluar satu tetingkap 'Group Policy'

> Klik pada Local Computer Policy

> Computer Configuration

> Administrative Templates

> Network

> QoS Packet Scheduler

> Kat sebelahnya cari Limit reservable bandwidth,
Klik kanan, Properties, Enabled
(Kalau pakai Window 7, lain sikit 'words'nya..yang aku punya kalau klik kanan, bukan Properties, tapi 'Edit'..)

> Setkan pada 'Bandwidth limit (%)' tu kepada maksimum value iaitu 100

> Selesai!




Troubleshooting


Baru-baru ni aku cuba cara ni pada PC aku di pejabat..kemudian timbul satu masalah apabila 'Group Policy' atau gpedit.msc aku tak boleh digunakan @ tak boleh dibuka disebabkan ada komplikasi dengan ActiveX controls..aduh..aku pun godek punya godek, akhirnya aku pun jumpa la penyelesaian kepada masalah tersebut..nampaknya ia merupakan 'Bug' atau 'Pepijat' yang terdapat dalam fail pengemaskinian (update) Adobe Flash Player..hmm..tengok gambar kat bawah ni:

Errr...gambar ni contoh aje..aku cekau dari google..jadi jangan tanya kenapa bahasa dia ntah apa-apa..



nampak macam rumit jugak la..tapi aku terangkan secara mudah la ya kaedah untuk delete bug @ pepijat tersebut..jangan risau..natang ni bukan virus..cuma ala-ala kesalahan coding aje~

Korang bukak REGISTRY EDITOR daripada Start > Run... > taipkan regedit

korang cari Folder 'Zones' mengikut turutan berikut:

HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > Internet Settings >Zones

Cari satu folder yang ada 'Graphic Number', yang biasanya berberntuk segi empat, DELETE folder tersebut..DONE..masalah pepijat tu dah selesai..korang boleh godek-godek balik apa yang patut..
tengok gambar kat bawah untuk lebih kefahaman:



Ini ialah gambar 'Bug' atau 'Pepijat' tersebut



Apabila dah delete, ia sepatutnya akan jadi normal seperti gambar dibawah:



Jadi bila dah delete, korang cuba setting macam yang aku ajarkan tadi ok..
kalau tak laju lagi internet korang, sila rujuk Version Pertama entry ni di sini:


Hack Server Anda! - Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian- Myhac

No comments:

Post a Comment