Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru


Ada seorang berpendapat, ramai guru menyokong pembangkang kerana mereka tidak diberi peranan berpolitik berbanding zaman dahulu. Ini kerana tahap penghormatan guru boleh mencapai tahap “ ibubapa atau guru yang perlu dihormati oleh kita”.?
Guru ialah pendidik. Jika dia marah dengan kerajaan, maka apa yang diajar oleh guru sedikit sebanyak akan diselitkan dengan elemen politik. Biasanya anak murid tidak akan mengambil berat atau mengadu kepada sesiapa kerana bagi mereka perkara seperti itu adalah remeh.
Tapi kesan daripada pengajaran guru akan dibawa hingga dewasa. Jadi secara tidak langsung, pelajaran politik di sekolah akan menjadi asas mereka dalam memilih politik alam dewasa.

Guru atau Tok Guru ialah ketua. Bila mereka perpaksi kepada sesuatu maka anak murid pun akan mengikut. Begitu juga bila guru menyokong pembangkang maka masyarakat pun menyokong pembangkang kerana nilai murni jawatan itu sendiri.

Aku cuba menyorot permasalahan guru dengan membaca beberapa komen di laman sesawang. Perkara pokok yang menjadi isu utama ialah bebanan tugas.
Ulasan dari cuepacs
Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

Jika melihat waktu jam berkerja, sebenarnya ia tidak membebankan. Tapi aku post beberapa pendapat pembaca untuk dinilaikan.


Pendapat ini dicanggah dengan pembaca blog tersebut.
apa yang en. mokthar cakap 16 waktu seminggu tu mungkin utk guru penolong kanan je atau orang yang paling rapat dengan pihak pengurusan sekolah..... kalau guru biasa macam saya... 29 waktu seminggu.... ada juga rakan lain 30 waktu seminggu...pengurusan jadual waktu juga tidak betul.. 1 hari dalam seminggu, saya mengajar dari 7.30 - 1.00ptg...hnya rehat pada pukul 9.30-10.00 je.. saya tidak setuju sama sekali dengan ulasan en mokhtar.
contoh diri sy..
sy mengajar 25 waktu seminggu..ketua panitia add math..su peperiksaan SPM
,mengajar add math n fizik spm,ketua rumah sukan..jurulatih bola baling sek & daerah,pengadil bola baling daerah.,guru unit beruniform kadet polis,ketua guru kelab bola baling..SU PIBG. penyelaras tingkatan..

jd adakah sy ni rileks mcm en. moktar?
sebagai seorang guru,saya sangat tidak bersetuju dengan en. mokhtar.Sepanjang saya mengajar purata waktu mengajar 3o seminggu.itu tugas mengajar rasmi,memang dalam sehari ada waktu rehatnya tapi waktu tersebut digunakan untuk mengganti guru yang sakit,bersalin dan sbgnya.Pada waktu ini juga guru perlu menyemak latihan murid,menyediakan ABM dan sebagainya.Tugas guru bukan hanya mengajar tapi terdapat lagi tugas lain selain dari mengajar di dalam kelas.Saya sebagai setiusaha PIBg,setiausaha LDP,setiausaha kelab guru,setiausaha 3k,setiausaha pengakap daerah,guru kelas,jurulatih sukan,guru pengakap,guru kelab Bi,AJk pemulihan,AJK prasekolah.Setiap jawatan yang saya senaraikan mempunyai tugas yang perlu saya siapkan.semua kerja perkeranian lain juga perlu dibuat oleh seorang guru seperti data SDM,headcount,analisa ujian,ujian bulanan,peperiksaan dan berbagai lagi.hanya guru yang memahami tugas guru.saya cuma ingin memperbetulkan pandangan orang tentang tugas guru

Pandangan Berita semasa

Mungkin ada yang mengatakan mereka adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi kita jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga dan emosinya
arman   April 12, 2012 at 12:58 pm
1)bilik guru yang tiada aircond, lainlah jabatan lain, kerani pun duduk dalam aircond..cikgu berpanas dan berkipas sampai tengahari..igt yer, bukan semua sekolah bilik guru ada aircond..
2)kemudahan lain seperti printer, broadband, semua kene beli sendiri especially kertas, duit cikgu sendiri…kalau minta pada ibu bapa, merungut…kata cikgu makan duit free padahal nk digunakan dalam pembelajaran anak mereka sendiri.
3)bukan guru sahaja naik gaji, semua kakitangan awam naik juga..
4)guru diarahkan kerja pada hujung minggu tanpa OT tapi jabatan or pihak swasta lain menghabiskan kerja pada hujung minggu dengan ada yg dpt bayaran OT..
4)jika keputusan exam anak meningkat, ibu bapa akan kata sebab anak dia belajar tusyen tp bila keputusan anak dia menurun, semua sebab guru x pandai mengajar w’pun da dihantar ke tuisyen…
5)kalau pasal buku pinjaman buku teks, bila ada buku xcukup parent dtg serang cikgu tp kalau anak dia hilangkan buku or xhantar, pandai pulak senyap dan xmahu bayar..
6)kalo di jabatan lain tugas anda sudah spesifik dan anda tidak akan buat benda lain tp kalo guru,mengajar sudah mesti…disiplin murid yang semakin membimbangkan (mesti tgk jugak kalo x parent bising), AJK pentadbiran yang lain cthnya untuk guru pemulihan perlu buat ujian mata untuk murid PEMULIHAN dan nurse hanya datang untuk collect keputusan,jd nurse pulak..
Bagi mereka yang terpaksa kerja 12-18 jam sehari, jangan salahkan kami. Pekerjaan anda mulia, kami juga perlukan support staff seperti kalian! Jangan cemburukan tugas2 guru. Kerja yang kita dapat hari ni adalah rezeki dan hasil tuaian semasa kita bersekolah dahulu. Allah takkan merubah nasib seseorang melainkan dengan usahanya sendiri. Itu sudah tugas dan rezeki anda. Bersyukurlah kerana lebih ramai yang mahukan kerja anda itu!
* kalau nak tahu susah ke tidak jadi cikgu, cuba tengok time cuti sekolah…anak-anak ada kat umah, parents pening kepala sbb umah bersepah…anak baru 2 atau 3 orang. Cuba bayangkan sorang cikgu dgn 35 orang murid yg banyak ragam dalam satu kelas….bagi kat org yg suka komplen cikgu…dia boleh control ke tidak…baru bab dalam kelas, bab nak tanda buku plak…sampai bawak balik umah..anakdan suami sendiri senduk nasi kat dapur…ibu sibuk nak tanda buku anak murid ni…org kerja lain ada bawak balik kat umah?….
mama November 17, 2011 at 10:16 pm
Guru mempunyai pelanggan yang istimewa iaitu dalam 30 hingga 45 murid satu kelas. bukan seperti jabatan lain yg hanya berada di dalam pejabat dan kalau ada pelanggan pun hanyalah orang dewasa. Sebagai ibubapa pun kalau anak-anak dalam 3 hingga 4 orang dirumah pun pening kepala malah ada yg tidak dapat mengawalnya bagaimana guru yang perlu menjaga 30 hingga 45 orang satu kelas
cikgu letih November 16, 2011 at 6:19 pm
Kerja mana-mana pun nak gaji lebih. Jangan buat statement otak singkat. Pekerja Petronas gaji riban-riban pun still nak lebih. Kerja cikgu memang dah lebih dari orang lain. Mengajar dalam kelas yang 40 minit letih head to toe. Itu baru satu period. Belum campur dengan relief bagai. Kalau tak tahu apa tanggungjawab cikgu, jangan buat sembang kencang macam kau tahu semua.

No comments:

Post a Comment