Friday, May 24, 2013

sepintas lalu

Aku simpulkan minggu ini minggu kerja Kementerian Dalam Negeri. Terlalu banyak 'aktiviti'  yang dilakukan untuk rakyat keseluruhanya. Dalam sehari bertalu-talu berita hangat yang boleh diambil dari kementerian ini.

Untuk hari ini sahaja:

1. Penangkapan beberapa agen 505
2. Rampasan akhbar fitnah, harakah, suara keadilan dan the roket.
3. Jabatan pendaftaran disaran menyiasat kehilangan 133,000
4. Rafizi gagal dalam tuduhan Bafia
5. Imigresen membuat serbuan
6. Hukuman gantung bagi pembunuhan Sosilawati.
Biarlah orang kata Zahid gila, asalkan dia tahu apa yang kehendak rakyat mahukan. Pembangkang memang tidak senang dengan keadaan ini adalah kerana sebelum ini mereka bebas membuat onar. Dengan ketegasan yang menyeluruh, aku yakin kekuatan pakatan akan menjadi kendur dan pergerakan mereka akan terbatas.

Semua sudah maklum, sewaktu era Tun Mahathir tidak ada tempat bagi orang seperti Hishamuddin Rais. Sebaliknya semasa Pak Lah menerajui negara, ramai parasit seperti ini kembali meracuni fikiran masyarakat disamping menjadi orang kanan beliau. Antaranya ialah Kalimullah Hassan. 

Setakat ini hanya Zahid dan KJ sudah memulakan kerja, begitu juga dengan Hassan Malek. Tapi malangnya menteri 'GST' membuat kerja tergantung. Harakah dan suara keadilan lebih cepat mengambil bola lambung.

Apa yang aku nantikan ialah kenyataan dan buah tangan dari menteri perumahan dan kerajaan tempatan. Adakah dasar yang dilaksanakan oleh Rahman Dahlan selari dengan nama kementerian beliau.? Agak unik kerana "kesejahteraan bandar" dimuatkan di dalam kementerian kerajaan perumahan dan tempatan. Mungkin PM mahu mengurangkan isu pemilikan rumah dengan memperbanyakkan projek PRIMA.

Sebelum ini, Shabery Cheek ada menyatakan kerajaan akan mengurangkan harga lebar jalur. Cadangan ini jauh lebih baik daripada menyediakan hotspot wifi yang aku kira projek membazir. Kalau setakat negeri di semenanjung, streamyx boleh dilanggan di semua ceruk kawasan. Wifi ada dalam manifesto pakatan, begitu juga dengan akujanji BN. Tapi kedua-dua pihak tidak menyatakan secara jelas apa yang mereka tawarkan.

Najib menyepi sejak dari pru yang lalu. Sebaliknya Muhyiddin telah menempelak Dong Zhong berkaitan dengan syarat kemasukan ke universiti. Dari konteks politik, Muhyiddin secara sinis tidak bersetuju dengan tindakan Najib berkrompomi dengan NGO yang ekstrimis kecinaan.

Hari ini, sekali lagi Muhyiddin secara terbuka menyokong tindakan yang diambil oleh Zahid. Mungkin ia memberi gambaran kepada Najib, tidak ada politik 'kompromi' dalam menangani pakatan yang semakin agresif melanggar undang-undang. Jika Najib berterusan melayan kehendak pakatan, maka Najib boleh melepaskan jawatan tertinggi parti. Ini selari dengan kuputusan rakyat khususnya orang melayu dalam pengundian yang lalu.

No comments:

Post a Comment