Sunday, June 30, 2013

JDT Gah Pada Nama

Aku begitu tidak selesa dengan rentak lagu Negaraku oleh Jaclyn Victor. Seharusnya FAM lebih bijak dalam memilih penyanyi. Tidak semua penyanyi boleh menyanyi lagu patriotrik seperti Allahyarham Sudirman. Suara Jaclyn tertalu tinggi sehingga mencacatkan rentak asal lagu tersebut.


Aku tak nak menyentuh isu Hattan dalam isu yang sama tetapi orang Malaysia suka mengubah apa yang sepatutnya tidak perlu. Kalau nak sangat perubahan atau transformasi, ubah je rantak Negaraku kepada rentak rap.

Satu stadium menyanyi dengan dengan yang sama, jadi Jac tidak diperlukan dalam stadium tersebut. Kalau nyanyi tanpa rasa patriotik, baik tak payah menyanyi.

Perlawanan final FA tidaklah teruk sangat dan tidaklah sepanas yang dijangka. Aku tak nak mengulas taktikal perlawanan sebab aku ini kaki bangku. Aku membuat kesimpulan, Kelantan memang layak memenangi perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan ini, JDT langsung tidak mendapat sepakan penjuru dan ini bermakna JDT tidak melakukan serangan bertali arus. Kepincangan pasukan JDT adalah kerana kesilapan taktikal Fandi. 


Bahagian tengah JDT mati berbanding dengan Kelantan yang diketuai oleh Piya. Pemain ini amat bijak mencari ruang dan lorongan bola adalah tepat. Tidak lupa peranan Syakir sebagai midfielder tulen. (contoh xavi, carrick, ramsey).

Yang membezakan Kelantan dan JDT ialah Kelantan bermain satu pasukan sementara JDT bermain secara individu. Paling ketara ialah serangan dari Norsharul kerap dipatahkan oleh pertahanan Kelantan kerana pemain ini kerap membawa bola sendirian. 


Bahasa mudah, Kelantan hanya bermain simple football iaitu hantaran pendek dan disulami dengan hantaran jauh. Kalau tidak silap aku, mereka hanya membuat tiga kali hantaran tinggi dalam membuat serangan. Salah satunya hantaran kepada Fakri yang hampir menghasilkan gol.

Permaianan Fakri lebih matang daripada dahulu. Mungkin kerana beliau bermain untuk negerinya sendiri. Tetapi beliau tetap tumpul dalam menjaringkan gol. :)

Isu yang aku mahu kupas ialah berkenaan dengan FAM.

Orang menuding Presiden sebagai punca kemerosotan bola sepak. Tapi itu adalah kesimpulan yang tidak adil kerana FAM bukan sebuah syarikat. Fam terdiri dari beberapa gabungan persatuan bola sepak. Aku mengantuk sangat, kepala pun dah pening… lain kali la aku sambung.

No comments:

Post a Comment