Berbanding dengan gaji swasta, gaji kakitangan awam adalah antara skim gaji yang terbaik manakala Petronas dan TNB merupakan antara syarikat swasta glc yang mengikut perkembangan semasa. Syarikat glc yang lain aku kurang pasti.
Masalah pertama ialah jurang gaji antara eksekutif dengan non eksekutif adalah terlalu tinggi. Masalah kedua ialah peluang kerjaya antara dua golongan ini. Sebagai contoh, peluang peningkatan seorang engineer tidak terbatas sedangkan seorang non eksekutif hanya boleh menjawat jawatan "tinggi" atau 'tertinggi".
Sepatutnya seorang teknikal eksekutif atau lepasan diploma boleh mengikuti kursus kelayakan untuk menjadi seorang engineer berdasarkan pengalaman kerja. Syarikat aku memang ada modul untuk skim ini tetapi bergantung kepada syarat-syarat lain. Salah satunya staff perlu ada chargeman (BO). Umum tahu untuk mendapat sijil BO bukan senang.(
BO ini hanya syarat, staff perlu lulus modul pembelajaran yang disediakan )
Aku bukan tidak bersyukur dengan nikmat yang ada. Tapi rakyat Malaysia harus memahami jurang gaji yang terlalu besar diantara kerajaan dan swasta dan gaji antara eksekutif dan non eksekutif menyebabkan struktur masyarakat berubah. Untuk sekarang ia masalah itu tidak dirasai namun dalam jangka masa panjang, ia akan menampakan kesan.
Contoh : Gaji Kerani ( pembantu tadbir ) kerajaan dalam lingkungan RM1,300 atau hampir RM 1,400 termasuk elaun sementara purata gaji swasta adalah ( RM 800-9++ termasuk elaun ). Gaji ini hanya menepati paras gaji minimum.
Apa yang aku ingin ketengahkan bukan soal kerjaya atau gaji. Apa yang aku ingin tekankan ialah masalah hari tua pekerja swasta. Kenapa gaji pekerja swasta sama atau lebih rendah dengan pekerja kerajaan sedangkan kos yang perlu ditanggung oleh pekerja sektor swasta jauh lebih tinggi.
Tidak semua sektor swasta mempunyai pinjaman perumahan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai skim itu. Sekarang ini, kebanyakan syarikat glc sudah menutup skim itu. Pekerja sektor swasta perlu menyediakan berpuluh ribu untuk membeli rumah sedangkan kakitangan awam mungkin hanya perlu menyediakan RM10K untuk memiliki rumah.
Pinjaman perumahan swasta bergantung kepada skim pinjaman yang dibuat samada Islamik atau konvesional. Kadar faedah pinjaman tersebut adalah tidak tetap. Bagi skim pinjaman Islam boleh mencecah 8% dan kadarnya tetap. Kadar pinjaman perumahan kerajaan hanya menetapkan 4%. Jika kakitangan awam membayar RM1,000, pekerja swasta perlu membayar RM1,500. Fikirkan berapa besar kemudahan ini.
Satu perkara penting ialah pekerja sektor awam mempunyai pencen sedangkan perkerja swasta perlu menyimpan bagi menghadapi hari tua. Sepatutnya gaji kakitangan awam lebih rendah berbanding sektor swasta bagi menampung keperluan hidup, membeli insurans atau menyimpan hari tua. Tetapi sebaliknya kerajaan hanya mengukuhkan gaji sektor awam.
Sewaktu pemerintah Tun Mahathir ia tidak berlaku. Sebab itu dasar penswastaan memberi kejayaan kepada negara. Tetapi selepas Tun Abdullah, hanya kerana tersalah cakap, maka gaji kakitangan awam melambung tinggi dan dasar ini diteruskan oleh kerajaan pimpinan Najib.
Sebelum pru tempohari, hari ini Najib jumpa kakitangan Fama, maka gaji Fama naik. Esok jumpa Mardi, maka gaji orang Mardi naik dan begitulah seterusnya. Tetapi mulai bulan julai ini, kerajaan menstrukturkan semula gaji kakitanan awam yang tidak selaras.
Zaman Mahathir, harga diesel jauh lebih rendah dari petrol. Tapi selepas Pak Lah mengambil alih harga tersebut hampir sama atas alasan mengurangkan penyeludupan diesel. Bagi membantu industri pengangkutan dan mengurangkan kenaikan harga barang kerana peningkatan kos pengangkutan, kerajaan memberikan subsidi berupa kupon yang perlu dipohon di MOF. Tetapi aku dengar skim subsidi ini banyak ketirisan.
Apapun, yang menjadi mangsa dasar yang diamalkan oleh kerajaan adalah pekerja swasta. Ibaratnya yang mati berkerja ialah sektor swasta dan yang teraniaya pun sektor swasta. Apa punya dasar pun aku tak tahu......
betul.. gaji kakitangan kerajaan makin tinggi..tak sama dengan pekerja swasta...kenaikan gaji..x tentu..ada masa tinggi..ada masa rendah...nasib2
ReplyDeletebetul sangat ni, kerja kerajaan rileks, dannnnnnn gaji tinggi terus meninggi. banyak buat kerja adalah sektor swasta. tapi kadar gaji dirasakan sangat menganiaya golongan pekerja..
ReplyDelete