Aku kena sama AES sewaktu balik kampung. Tak pasti samada dari arah utara atau selatan. Yang pastu aku memandu 104km/j dan had limit yang ditetapkan 90km di km375.9. Kalau tak silap aku area slim river.
Memang la salah aku memandu melebihi had laju. Tapi aku rasa aku tidak la memandu laju. Bawak anak bini takan la nak laju. Aku tak perasan had laju area situ 90 km/j. Nak bising pun tak guna. Jadi diam je la. Dalam hati merungut tak sudah.
Cuti sekolah yang lepas aku balik kg. Aku berhati-hati di jalan raya bukan kerana kenderaan sekeliling atau apa, tapi berhati-hati tengok AES dan had laju. Pergi dan balik menyumpah tak sudah. Patut memandu rileks tapi aku dibebani dengan had laju dengan mata meliar. Tengok sekeliling samada - had laju, speed trap , AES dan yang paling penting meter kelajuan.
Bagi aku bukan ia memudahkan pemanduan tapi memenatkan. Pandu kereta dah macam bawak kapal terbang. Tengok panel sana sini.
Aku malas nak luahkan perasaan tapi dalam tengok buletin utama sebentar, kat bawah tv ada tulisan - saman AES wajib dibayar -hishamudin- ( aku tak tahu dia menteri pertahanan ke kdn)
Kantung mereka penuh, poket aku mengempis... macam ini rakyat didahulukan..???
No comments:
Post a Comment