Tuesday, July 2, 2013

stress boleh mati

Dulu aku main game mafia war. Game dalam facebook tu. Tiba-tiba satu hari sebelum subuh aku dapat msg member meninggal sebab serangan jantung. Pagi tu aku melawat arwah. Dipendekkan cerita, lepas itu aku demam.

Jenuh aku berubat. Dukun atau ustaz kata aku hilang semangat. Ada seorang nenek (sekarang arwah) kat Kuala Selangor dia kata, aku teruk. Dia pesan, nanti datang lagi. Betul la kata ustaz sebelum itu, sakit aku teruk skit. Kena datang berkali-kali.

Sakit aku berangin. Sesak nafas sangat. Nasib baik ada arwah Pak Teh. Dia yang membuang benda kat dada aku. Dia kata skit je ni. Ko tu yang lemah semangat. Tapi aku rasa lega bila arwah Pak Teh ubatkan aku.

Tapi keadaan aku masih tak ok. Jadi aku ambil keputusan jumpa Dato Haron Din. Aku kenal salah seorang PA dia. So aku tidak ada masalah untuk jumpa Dato Haron Din. Masa sesi berubat, Dato Haron Din baca memo apa sakit aku, pastu dia senyum. Dia kata ok la. Kita wajib ingat mati. Takpe, nanti semua ok lepas mandi. Then balik rumah masa mandi, aku terbayang Haron Din senyum. hhahhaa....

Jumpa Doctor.

Sebenarnya masa itu, tiap-tiap hari aku jumpa doctor. Nasib baik ada doctor Mahalim. Sekarang dia dah bersara. Hanya bertugas di klinik dia sendiri kat Kerinchi. Poliklinik Aiman.

"kenapa jadi macam ini" doctor buat apa.? tanya Doctor Mahalim. Aku kata, doctor bagi ubat je. Tak buat apa pun. Dia macam geram dengan penjelasan aku.Terus dia suruh aku baring. Then check jantung aku dan ambik darah. Dia buat la apa yang patut. Masa tu bulan ramadhan. Ermm.. so aku batal pose. Tahun tu, 8 hari aku ponteng pose. Masuk wad setengah hari, masuk air dua botol.

Aku berubat banyak tempat. Angin dalam badan berkurang semenjak aku berubat dari  Wak Jono kat Subang Jaya. Last sekali aku berubat dengan seorang kiyai di Indonesia melalui telefon.

Mesti orang tak percaya aku berubat guna telefon je. Allamdulillah, Liya orang Indonesia yang tolong tuliskan ayat dalam jawi. Lepas aku tanam telur kat kubur, aku rasa lega. Tidak berangin dan tidak perlu berurut hari-hari.

Kesimpulanya. Aku tidak ada sakit apa-apa. Aku sakit mental. Aku teringat mati dan terbayang alam barzakh. Sebab itu jantung aku laju dan sesak nafas. Sebenarnya aku tak tahu siapa yang sembuhkan penyakit aku.

Stress boleh menyebabkan kita mati. Kejadian tu sama dengan seorang lelaki yang tukar jantina. Kan tiba-tiba dia sakit dan meninggal. Aku pun lebih kurang camtu. Tapi aku pergi berubat. Walau habis beribu, takpe. Yang penting aku sihat.

Salah seorang yang mengubatkan aku, arwah Pak Teh. Dia seorang yang pakar dalam mengeluarkan jin atau saka dalam badan. Serius, aku bawa arwah merata tempat untuk membantu orang yang ada masalah. Aku juga patut berterima kasih kepada Liya (pembantu kedai tempat aku kerja). Dia begitu ikhlas menolong aku. Kerana dia, Alhamdulilah, stress aku bertahun lamanya hilang.

Kedua. Nasihat aku, jangan melihat jenazah dari muka. Pandang dari kaki baru ke atas. Arwah member aku tu, mukanya berseri. Macam orang tidur. Sedang aku bersyukur dengan arwah, member aku yang memandikan arwah boleh sergah aku seperti arwah menyergah. Aku dapat rasakan itu tangan arwah tu hampir sama. Sebab arwah pun suka buat macam itu. Mana aku tak terkejut. Tu yang aku hilang semangat. Dah la arwah seperti orang tidur.

ermm.. sampai sekarang aku masih fobia apa jua yang berkaitan dengan sakit dan kematian. Ambulans dan van jenazah memang aku tak pandang sampai sekarang.

Sebenarnya aku bukan nak sembang benda ni.. aku nak cerita, pasal aku main mafia yang beribu-ribu clik boleh menjadi penyakit. Jadi, jangan terlalu lama bermain komputer. Boleh jadi penyakit.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..cik sy rsa sy skrg mghadapi masalah yg sama dn sgt2 sama cuma bezanya jntung sy sakit sgt2 ..blh x cik bg no telefon org yg ubatkn cik tu..sy dh merata tmpt brubt smp hbis duit..dh sthun..tlg ye cik..ni no sy...0124339460..ira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummuslam.. sebenarnya saya tidak tahu siapa yang ubatkan saya. Saya jumpa ramai orang. Tapi last sekali saya berubat melalui telefon.

      Arwah Pak Teh banyak membantu walaupun baginya amat enteng.

      Saya tak tahu awk serius atau tak.

      Tapi saya rasa Kiyai itu yang memulihkan semangat saya.

      Delete