Saturday, June 15, 2013

Najib sekutu Anwar

Hari ini, Anwar dan Najib dilaporkan membuat perjanjian sulit di Jakarta. Pertemuan itu dikatakan dibuat atas kepentingan bersama bagi mengekalkan jawatan masing-masing. Ini susulan desas desus yang mengatakan beberapa ahli parlimen Sarawak telah berjumpa Kuli untuk merebut kuasa.

Peralihan kuasa ini hanya boleh berlaku jika Anwar bermain silap mata. Tidak mungkin Anwar sanggup memberikan Kuli jawatan PM tanpa ada peraturan permainan atau sandiwara politik. Jika Anwar setuju, maksudnya Kuli adalah perdana menteri sementara kerana Anwar tidak mungkin mengizinkan Kuli berkuasa lama.

Tidak ada kepastian butiran pertemuan dan perjanjian diantara Najib. Yang pasti ahli umno sudah tertipu dengan tingkah laku Najib. Jika jusof Kalla tidak membocorkan cerita adanya perjanjian diantara Najib dan Anwar, rakyat Malaysia umumnya tidak mengetahui akan adanya perjanjian seperti itu.

#PAU


Aku amat tidak bersetuju dengan usul pemimpin tertinggi parti tidak dipertandingan. Jika perpecahan dijadikan alasan, bermaksud umno belum matang dan tidak pernah berubah walaupun usia parti sudah melangkaui setengah dekad. Jika ia berlaku juga, kehancuran umno semakin cepat.

Apa yang ditakuti oleh Najib sebenarnya.? Najib lebih popular dikalangan rakyat diatas kapasiti sebagai perdana menteri dan bukan sebagai Presiden Umno. Najib hanya disokong oleh ramai ketua bahagian dan orang yang berkepentingan.

Berbanding dengan Muhiyiddin, beliau lebih mempunyai kekuatan politik kerana disokong oleh ramai anggota perwakilan umno. Rangkaian Muhiyiddin relatifnya melingkari politik umno melalui hubungan s/u politik yang akrab.

Jika berlaku pertandingan, ada kemungkinan Najib akan tewas jika kena pada caranya. Aku tidak menyokong mana-mana pemimpin tetapi kita harus melihat kewajaran diatas apa yang berlaku.

Jika Pak Lah menyebelahi Anwar apa kurangnya Najib yang melebihkan cina dari melayu. Bukan itu sahaja, Najib juga seakan mengikut rentak politik Anwar dan tunduk dengan desakan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, mengapa Najib terloncat apabila Anwar menyarankan agar SPR diletakkan dibawah jawatankuasa parlimen.

Mana yang lebih tinggi martabatnya diantara parlimen dan YD Agong.? Bukankah ahli parlimen itu orang politik berbanding dengan Agong yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Jika kita melihat sikap sesetengah ahli parlimen,  kita sebagai rakyat kekadang hanya mampu menggelengkan kepala.

Kesimpulanya, umno adalah pilihan majoriti orang melayu. Malangnya ramai pemimpin umno tidak peduli dengan harapan mereka ini. Hakikatnya semua orang mementingkan diri sendiri. Jika blogger pun mengharap dana dan projek daripada kerajaan, jadi adalah tidak adil menyalahkan pemimpin umno kerana mereka lebih banyak berkerja daripada pencacai politik.


No comments:

Post a Comment