Aku setuju usul Idris Haron mempeternkan asam pedas. Ada sebuah blog memperlekahkan usaha tersebut. Pendapat masing-masing tetapi kita seharusnya berfikiran jauh seperti orang Jepun memetenkan tempe.
| daun tempe sudah lenyap |
Kenapa Jepun mempaternkan tempe yang mempunyai plastik.? Menjual tempe secara komersil tidak menggunakan daun pisang atau kertas surat khabar tetapi sebaliknya ia dibungkus dengan plastik. Maka andai satu hari nanti, ada undang-undang yang menyatakan jika sesuatu bahan asas atau sekurangnya 90% sesuatu produk menyamai produk yang dipaternkan, maka pengeluar perlu membayar royalti, maka bukankah itu satu kelebihan.
Menjadi kebiasaan, sesuatu peraturan atau undang-undang yang dibuat oleh kuasa besar dunia akan berpihak kepada mereka. Jadi adalah tidak mustahil jika satu hari nanti ada undang-undang seperti ini dilaksanakan.
Samsung dan Apple mereka saling berlawan di makamah hanya satu asas. Iaitu hak patern. Apa yang aku nampak, satu negara yang sukar dibawa ke makamah ialah produk keluaran negara cina. Aku tidak pasti kenapa. Aku rasa kerana dasar dan undang-undang negara tersebut yang memberi kelonggaran dalam isu ciplak.
Siapa yang mahu membuat sekatan ke atas cina..? 15 tahun lagi cina dikatakan akan menjadi kuasa dunia samada dalam bidang ketenteraan atau ekonomi. Oleh sebab itu Amerika lebih takutkan cina daripada Russia atau negara eropah lain.
#maruah
Apa yang penting dalam mempatenkan asam pedas ini bukan nilai komersil, sebaliknya kita harus melihat dari sudut maruah. Oleh sebab itu, rakyat Indonesia seperti tercabar dengan tindakan Jepun mempatenkan tempe. Apa salahnya mempatenkan jika kita berkemampuan. Bukan jadi kudis pun. Kalau otak politik, semua perkara harus dipolitikan.
Jika kita menyingkap isu buluh runcing, ia berkisar isu siapa empunya lagu rasa sayang, terang bulan atau sejenis tarian (aku lupa). Jika Malaysia mempaternkan lagu tradisional ini, apa perasaan orang Indonesia.? Inilah yang membezakan antara orang yang berfikir ke depan berbanding dengan orang yang menggunakan kemarahan. Yang menang mesti orang yang menggunakan akal.
Membicarakan tentang hak patern aku tertarik dengan tindakan Mosti yang membantu Afendi Ibrahim dalam mempatenkan produk penjimatan minyak, torm bullet system. Rakyat negara kita umumnya kurang memberi penekanan dalam hak mempatenkan sesuatu produk terutama orang melayu. Jangan kata mempaten, untuk mengeluarkan modal iklan pun penguasaha produk melayu keberatan.
Kerajaan telah banyak mengeluarkan dana bagi membangunkan sesuatu produk. Malangnya, pengarah dan panel Mosti terdiri dikalangan orang yang tidak mementingkan kemajuan negara. Bukan sahaja Mosti, banyak lagi agensi kerajaan yang sudah melabur dalam membangunkan sesuatu produk, namun……. Segalanya seperti satu pembaziran.
Kerana pemantauan yang dibuat oleh mereka yang bertanggungjawab terlalu longgar. Dua minggu lepas aku ada menyembang dengan seorang prof. Hakikanya aku tidak salah memberi tanggapan ini kerana beliau sendiri setuju. Aku menyembang bukan seorang dua malah soalan ini aku pernah ajukan kepada seorang pengarah research centre dan sebuah syarikat yang mendapat dana dari kerajaan Kedah dan Melaka. Berjuta modal tetapi hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment