macam macam ragam orang berpuasa |
Pengajaran, elakan membeli barang di kedai cina.
Tahun ini, semua jabatan zakat bersungguh berkempen agar umat Islam menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke empat. Secara keseluruhanya, umat Islam tidak lupa menunaikan zakat fitrah. Hanya zakat pendapatan dan harta sebilangan umat Islam belum mencapai tahap kesedaran yang sepatutnya.
Banyak kebaikan dan peranan zakat dalam konteks masyarakat Islam. Sebenarnya, zakat pendapatan seperti baja yang menyuburkan pendapatan kita terutama kepada mereka yang bergelar usahawan. Dari kebanyakan pengalaman golongan ini, perniagaan mereka pernah runtuh kerana mereka tidak mengeluarkan zakat perniagaan. Tak percaya..? cuba la sembang dengan mereka....
Jika pusat zakat berjaya mengumpul duit berjuta, namun malangnya pengagihan zakat tidak mencapai objektif yang disasaran. Allah sudah menentukan 8 golongan asnaf yang mendapat zakat. Salah satunya ialah fakir miskin.
Sekarang pusat zakat seperti tidak mementingkan 8 golongan ini. Pusat zakat lebih menumpukan satu golongan baru iaitu fisibillah dalam pendidikan. Secara jujur demi masa depan memang benar langkah yang diambil oleh pusat zakat adalah tepat. Namun banyak ketirisan dalam perlaksanaan ini.Mereka memberikan zakat kepada mereka yang membawa sijil atau surat tawaran daripada pihak institusi pendidikan. Mereka tidak menyaring dengan teliti. Sebagai contoh, anak Khalid Samad mendapat bantuan zakat. Bukankah ini sudah menyelewang sedangkan ramai lagi umat Islam yang memerlukan.
Banyak lagi situasi duit zakat tidak diuruskan dengan teliti. Orang yang layak memohon tapi diherdik sedangkan orang yang tidak layak diberi keutamaan. Kisah sahabat aku sendiri. Ada kereta besar pun masih mendapat bantuan zakat hanya kerana dia menyambung pelajaran. Begitu juga ada dikalangan penerima zakat mampu melancong ke luar negeri. Tak percaya takpe.. tapi itu realiti. Kawan aku sendiri.
Yatim piatu bukan salah satu 8 asnaf. Tapi kebanyakan dari mereka ialah golongan penerima zakat kerana mereka miskin. Tapi kebanyakan dari mereka tidak dibantu.
Zakat adalah wajib bagi umat Islam sementara sedekah adalah digalakkan. Siang tadi aku menempelak seorang yang bergaji besar. Kalau ikut gred jawatan, sepatutnya gajinya melebihi 13K. Isunya kerana sekolah tidak mempunyai sumber pendapatan.
Semasa aku menghadiri mesyuarat PIBG, ada seorang abang menyuarakan pendapat. Macam mana sekolah tidak ada duit sedangkan ramai ibubapa ramai yang berkereta besar.? Kalau dia boleh bagi RM 100 duit BR1M mengapa ibubapa yang berkereta besar amat kedekut dalam bersedekah.?
Kalau BR1M untuk bantuan anak sekolah RM100 dan ada 100 orang menyedekahkan duit tersebut, maka pihak sekolah akan mendapat RM10K. Kalau ada 300 murid berbuat demikian bermaksud pihak sekolah akan mendapat dana RM30K.
Duit tersebut tidak keluar dari poket kita. Sebaliknya kita hanya datang dan tandatangan dan kembalikan semula kepada pihak sekolah. Duit sebanyak itu bermacam-macam kita boleh buat untuk aktiviti sekolah. Malangnya, orang melayu tidak prihatin dengan keadaan sekolah anak-anak. Mereka hanya menuding atau menyerahkan urusan sekolah kepada pihak sekolah dan kerajaan.
Kalau orang cina boleh menyumbang duit dengan poket sendiri, mengapa kita orang Islam terlalu keberatan untuk berbakti kepada sekolah.? Bukankah ilmu itu amat dituntut dalam Islam.?
No comments:
Post a Comment