Calon Pas Haji Endut@Azlan atau lebih senang di panggil Che Long telah berbaiah di khalayak umum bahawa beliau tidak menggunakan elaunnya jika menang dalam prk Kuala Besut.
Secara peribadi - Tidak menggunakan elaun tersebut adalah satu gimik politik. Apapun ia langkah terpuji dan disarankan agar semua wakil rakyat Pas samada di peringkat Dun dan Parlimen membuat tindakan yang sama. Tapi aku yakin, MP Pas tidak akan setuju.
Malangnya, orang politik mempermainkan harapan rakyat.
Andaikata Che Long memenangi pilihanraya ini, beliau akan mengkontrakan jawatan tersebut dengan seseorang. Aduhaii... tepuk dahi den. Bukan sahaja elaun beliau akan digunakan untuk membayar proksi, malah terang-terang calon Pas ini mempersendakan orang Kuala Besut.
Kalau tak mampu menjadi YB, mengapa bertanding.? Kan lebih baik Pas mencalonkan terus "YB UPAHAN" tersebut.?
Maleh nak komen.. tapi politik sudah mencapai tahap edan..
No comments:
Post a Comment