Ramadhan bukan sahaja menawarkan mega keberkatan, tapi nikmat yang diberikan dalam bulan ini terlalu banyak meliputi semua aspek kehidupan. Untuk mengetahui sikap kita yang sebenar, inilah bulan untuk mengetahui siapa diri kita. Jika kita membuat keburukan, itu bukan hasutan syaitan, tetapi nafsu kita sendiri.
Semua orang seperti tidak mengambil peduli pilihan raya kecil Kuala Besut. Mungkin rakyat Malaysia sudah muak dengan politik atau inilah keberkatan di bulan yang mulia. Umum tidak menyedari bahawa, setiap kali bulan puasa semua aktiviti kita berubah. Kalau dulu suasana hiruk pikuk tapi di bulan puasa semua orang seperti menjimatkan tenaga. Bercakap pun sekadar yang perlu. Apatah lagi untuk menggerakan tubuh badan.
Aku amat tertarik dengan projek pasar nelayan yang diumumkan oleh Ismail Sabri. Walaupun ia bersifat merasuah pengundi bagi dun berkenaan namun secara keseluruhan ia projek yang bermaanfaat kerana kementerian beliau telah mengenal pasti 100 tapak untuk menjayakan projek berkenaan.
Walaupun Ismail Sabri dikecam oleh sebilangan orang, tapi bagi aku beliau antara menteri yang bagus. Kita tidak boleh menutup mulut orang terutama zaman sekarang. Kalau dulu cakap menggunakan suara, kini cakap hanya menggunakan keyboard tapi kesannya jauh lebih besar dari cakap-cakap.
Menyebut tentang menteri, dimana menteri menjaga barang keperluan. Semalam Hasan Malek dikatakan menolak dakwaan harga ayam naik mendadak sedangkan memang wujud kenaikan barang keperluan. Ini membuktikan beliau menteri yang tidak respon dengan keadaan semasa. Sebaliknya, Ismail Sabri melalui laman twitter beliau menyarankan agar pengguna membeli ayam di pasar tani.
Aku rasa bukan sekali Ismail Sabri memberi respon terhadap isu ini.Sebelum ini kementerian beliau telah mengumumkan lebih banyak lesen mengimport ayam dikeluarkan kepada syarikat yang berminat untuk mengimport ayam bulat bagi memberi tekanan kepada penguasaha ayam. Malah dari siasatan kementerian beliau, kenaikan tersebut bukan kekurangan ayam di pasaran tetapi isu tersebut lebih kepada spekulasi yang dimainkan oleh orang tengah. Dalam hal ini, sewajarnya kerajaan merancang satu tindakan untuk jangka panjang agar perkara ini tidak selalu berulang.
# Boikot
Sebenarnya agak sukar memboikot ayam sewaktu musim perayaan. Ikan dan ayam adalah makanan harian. Walaupun sehari tidak makan ayam kita tidak mati, namun ayam sebagai bahan makanan adalah keperluan. Anak aku tidak makan ikan, kalau tidak ada ayam apa anak aku nak makan.?
Perkara kedua, jika kita memboikot ayam sekarang ini peniga di bazar ramadhan yang rugi sedangkan penguasaha ayam dan orang tengah tidak mengalami kerugian. Ini kerana, ramai orang tidak membeli ayam di pasar di bulan puasa sebaliknya mereka lebih selesa membeli juadah berbuka di bazar. Ini bermakna waktu boikot adalah tidak sesuai.
Sebenarnya jika peniaga kita bertanggungjawab tidak ada isu harga barang naik. Semuanya kerana sikap tamak para peniaga. Mereka mahu meraih keuntungan dengan cara yang mudah. Oleh sebab itu, aku harap selepas musim perayaan, satu gerakan boikot boleh digerakkan dengan lebih tersusun agar mereka peniaga lebih bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment