Tuesday, July 23, 2013

Sehari sebelum pengundian Kuala Besut



Sebelum ini umno membuat promosi servis moto percuma. Hari ini Pemuda Pas membuat gempak dengan membuat program minyak percuma. Ok la tu. Tapi jangan la cakap umno sahaja merasuah pengundi.



Adakah benar ini sms dari che long.? Harap ia bukan fitnah. Dosa fitnah tidak mengira bulan puasa atau tak.



Dikatakan ini no telefon Che long. Setakat ini belum ada penafian yang dibuat oleh calon yang bertanding. Opss... aku lupa plak. Macam mana calon nak menjelaskan perkara sebenar jika beliau diarah menutup mulut.? Belum terjadi dalam pilihanraya calon bertanding dilarang untuk mengeluarkan kenyataan. Kalau mengeluarkan kenyataan pun tidak mampu, macam mana nak berbahas dalam dewan.?

Blog pembangkang mengatakan Celcom telah mengklon no telefon Yang dipertua Pas Besut, Wan Azhar. Dengan no telefon ini dikatakan penyebaran fitnah seperti berikut :

"Adik kakok pengundi upu kg baru yg nak undi atau doa utk che long diminta mari rumah che long malam ni che long nak beri zakat sempena ramadhan," 


Aku tak tahu yang mana betul. Ikut je la... dua-dua pihak aku pun tak caya. hehehe...


Banyak lagi berita-berita sebegini. Kedua-dua ialah parti Islam tetapi mengapa ada cara kempen sebegini..?


Betul ke semua Ngo ini menyokong Pas.?
Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh MBM.



Yang aku biasa respect ialah gerak kerja wanita umnoo. 


No comments:

Post a Comment