Wednesday, July 24, 2013

Kalau bukan melayu mesti kecoh

Kecoh satu malaya bilamana tersebar ada murid bukan melayu makan di bilik persalinan. Tapi jika murid tersebut melayu, tidak ada siapa yang peduli. Ibaratnya, melayu paria di bumi sendiri.
Pendapat aku.

Aku rasa bilik persalinan dijadikan kantin sementara tidak menjadi masalah. Selagi ia bersih dan tidak berbau busuk ia sesuai untuk dijadikan kantin. Blog pembangkang ameno mengatakan bilik tersebut berbau busuk kerana bersebelahan tandas..? ermm... kat ofis aku, tandas food court sebelah kaunter dan tempat makan. Tidak menjadi isu pun. Berduyun-duyun orang makan, takde komplen pun.

Aku tak tahu rumah korang camne. Kat sebelah bilik tidur ada bilik air aka tandas. Kat ruang tamu dan tempat area aku makan pun nampak toilet.? ada masalah ke.? Aku rasa kebanyakan rumah memang macam tu. Mungkin rumah ameno banglo kot dimana tandasnya tersimpan rapi.

Blog Mazidul ada laporan bergambar dan salah satunya ialah :


Semenjak bulan Mac, bilik tersebut digunakan oleh pihak sekolah bagi menampung keperluan pelajar seramai 500 orang murid dalam sesuatu masa dan jumlah murid di sekolah tersebut ialah seramai 1373. Kalau selama ini orang tidak peduli masalah sekolah, mengapa bila orang melayu tidak ada sekolah tersebut dikatakan rasis.?

Aku rasa pihak sekolah tidak ada masalah untuk menutup bilik tersebut. Tapi selepas raya, semua budak tidak berpuasa, agak-agak dimana budak itu nak makan.? Makan berdiri atau diatas lantai.? 

Komen timbalan menteri india :
Kamalanathan berkata: "Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara.
"Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum."

Mana nak cari lagi tempat yang ada mencuci tangan dan tempat duduk untuk makan. Kantin je la yang ada tempat seperti itu. Apa la bangang komen timbalan menteri ini. Selama ini orang melayu boleh makan kat situ takde masalah pun. Takan dalam kelas ada tempat membasuh tangan.?


"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Amboi... nak jadi hero tamil plak. Aku rasa pihak sekolah tidak bersalah pun. Lain la kalau selama ini makan minum murid india diasingkan dengan murid melayu di kantin. Ada sikap diskriminasi. Porahh... nak jadi hero pun agak2 la....



No comments:

Post a Comment