Mengikut situasi terkini, kemungkinan ia lebih lama daripada aku jangkakan.
Persepsi rakyat terhadap jabatan kerajaan tidak berubah walaupun gaji kakitangan awam merupakan antara yang terbaik. Gambaran yang diberikan terhadap mereka mengenai karenah birokrasi dan mutu perkhidmatan kurang cekap sememangnya tidak boleh disangkal.
Tidak dinafikan, ada segelintir kakitangan awam yang begitu cemerlang, namun secara kolektif inilah cara kerja jabatan kerajaan Malaysia. LEMBAB.
Dalam serabut menyelesaikan masalah birokrasi, ceupacs memohon bonus 2 bulan dan hari ini ceupacs memohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan bonus raya. Dalam hal ini, aku tak kondem Datuk Omar Osman, sebab aku pun orang union dan secara relatifnya aku faham cabaran sebagai pegawai union.
Persoalanan aku, mengapa nilai kerja kakitangan awam tidak berubah.? Jika pihak dosh mengambil masa yang agak lama hanya untuk mengecop borang pengujian, aku rasa ralat dengan apa yang berlaku. (dah hampir 3 minggu dan hari ini pihak vendor menyatakan pihaknya belum menerima apa-apa feedback)
Aku bukan nak kondem kakitangan awam, tapi karenah birokrasi membuatkan aku jengkel. Bayangkan - call untuk bertanya status atau cara proses, kakitangan jabatan bersikap tidak acuh. Yang menyedihkan bila pegawai talian hotline tidak tahu menjawab dan sambung dan sambung dan sambung ke talian lain.
Jika pihak DOSH tidak cukup kakitangan untuk melayan permintaan pengguna, maka sewajarnya kerajaan menambah tenaga kerja. Bukan bila pegawai cuti seminggu maka kerja tersebut juga akan tergendala seminggu. Borang tersebut tidak la penting sangat sehingga pengarah harus menandatanganinya. Sepatutnya borang yang kurang penting boleh ditandatangi oleh pegawai bawahan. Turunkan kuasa. Jadi tidak ia membebankan ketua pengarah atau pengarah. Kerja kena la smart.
Aku merungut bukan kerana jeles dengan kemudahan kakitangan awam... tapi tolong la proaktif skit dalam melaksanakan tugas. Kerana kamu, kpi aku dan kawan-kawan aku terpalit. ermm...
No comments:
Post a Comment