Secara peribadi, aku terasa kerajaan sekarang terlalu lesu dalam apa jua gerak kerja. Semua kementerian seakan dalam tidur. Sewaktu Mahathir, tidak ada laungan tranformasi namun dengan konsep pandang ke timur, ada sahaja buah tangan untuk rakyat.
Memang benar dunia sudah berubah namun jika kita analisa pencapaian Najib, tidak ada satu pun idea yang begitu gah untuk memacakan nama beliau setaraf dengan bekas perdana menteri yang lain. Selemah Abdullah Badawi, ada juga warisan yang boleh dibanggakan. Lembah Iskandar Johor bukan ilham Najib. Tetapi oleh kerana kemajuan Iskandar matang sewaktu Najib memegang tampuk, maka Najib dilihat seperti pelopor kepada koridor-koridor yang diasaskan oleh Pak Lah.
Tidak mengapa jika Najib hanya pandai menjaga kesinambungan projek perdana menteri terdahulu. Rakyat tidak mempertikaikan isu tersebut kerana dibawah kepimpinan beliau projek tersebut membuahkan hasil seperti yang dilaporkan berita harian hari ini. Apa yang rakyat mahu sekarang ialah kualiti kehidupan agar menjadi lebih baik dan bukan lebih tersepit.
Sekarang isu harga rumah yang semakin meningkat menjadi rungutan segenap lapisan masyarakat. Harga rumah tidak perlu aku jelaskan. Semua sudah maklum harga rumah sekarang ini tidak masuk akal. Bayangkan jika rumah teres dipinggir bandar boleh mencecah 350K hingga 400K dan harga tersebut dikatakan akan meningkat sebanyak 100K untuk setiap tahun.
Isu panas melanda hati rakyat dengan konsep “cina didahulukan”. Pihak berkuasa seperti tidak disegani oleh sebilangan rakyat sehingga ada yang bertindak kurang ajar. Terlalu banyak provokasi melampaui garis merah namun kerajaan hanya membiarkan ia terus berlaku tanpa ada sebarang tindakan.
Semalam ada blogger melaporkan ada kejadian seorang lelaki cina telah diculik kerana menghina agama Islam. Hari ini pihak polis sudah menahan 4 orang bagi membantu siasatan. Aku yakin orang Islam akan memberontak akibat tindakan pilih kasih pihak berkuasa. Mengapa pihak polis mampu menyiasat dengan cepat dalang kejadian ini sedangkan orang yang membuat provokasi yang dikenali dibiarkan bermadu kasih?
Bukankah ia menggambarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan kaum?
Satu perkara yang memusykilkan aku ialah kenyataan peguam negara yang menyatakan pasangan lucah alvin dan vivian boleh dikenakan dengan akta hasutan. Ini bermakna akta ini masih lagi sesuai diguna pakai. Jika begitu, mengapa kita harus memansuhkan dan menggantikan satu akta yang baru.? Bukankah molek jika akta tersebut digubal@dipinda mengikut perkembangan semasa.?
Melalui laman facebook PDRM, dinyatakan sebanyak 67 kes dilaporkan dilakukan oleh bekas tahanan ordinan darurat (EO). Ini membuktikan bahawa undang-undang sebelum dimansuhkan telah berjaya mengekang jenayah berat. Malangnya pandangan pihak polis dan menteri yang bertanggungjawab tidak di endahkan oleh barisan kabinet.
Sebenarnya orang yang mendesak akta ini dimansuhkan ialah kerana mereka mempunyai kepentingan atau bahasa mudah mereka tidak mahu disabitkan kesalahan dengan jenayah yang dilakukan. Begitu unik keadaan negara sekarang. Kalau dulu penjenayah takut dengan undang-undang tetapi sekarang mereka boleh menghapuskan undang-undang tersebut.
Apa masalah dengan akta hasutan.? Kalau kita berkelakuan baik sebagai warganegara tidak mungkin kita takut dengan polis atau undang-undang. Hanya pencuri yang takut dengan polis.
Konsep “cina didahlukan” sebenarnya tidak terhad dari sikap tindakan terpilih oleh kerajaan, malah ia dikatakan sudah meresapi dalam pentadbiran kerajaan. Dikatakan melalui nama melayu berwajah cina, wakil yang dilantik oleh perdana menteri menjadi proksi kaum cina yang tidak boleh dibantah.
Ini membuktikan Najib telah mengkhianati ahli umno dan pengundi yang mengundi umno pada pru yang lalu. Atau lebih mudah untuk difahami Najib lebih sayangkan cina dari bangsanya sendiri.
Bukan setakat itu sahaja. AES diperkenalkan untuk apa.?
KUALA
LUMPUR: Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September
2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.
Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan

Mungkin kerajaan patut mengkaji semula perlakasanan AES.
Jumaat lepas, semasa dalam
perjalanan ke KLIA, saya dapati polis sedang menjalankan pemeriksaan perangkap
laju lebih kurang 2.5km dari KLIA. Tadi petang semasa pulang
dari KLIA, saya lihat polis juga sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju.
Saya tidak marah dengan tugas polis tersebut, tetapi saya memikirkan wajarkah
polis melakukan perangkap laju di tempat yang menjadi jendela keluar masuk
orang asing ke Malaysia ini? Bagi saya, pemeriksaan perangkap laju tidak sesuai
dibuat dalam lingkungan 1-3km dari lapangan terbang.
Selepas memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, pemandu saya membawa saya ke Kuala Lumpur kerana saya ada temu janji yang perlu dipenuhi. Apabila sampai dekat dengan persimpangan tol Kajang, pemandu saya memperlahankan kenderaannya. Saya bertanya kenapa? Beliau menjawab kerana ada sistem perangkap laju AES di depan.
Saya langsung berkata kepada pemandu, tidakkah pada 18 Disember 2012 sebelum pilihan raya yang lalu, Peguam Negara mengumumkan prosiding saman kepada mereka yang terkena perangkap AES ini dibekukan sehinggalah beberapa aspek teknikal dan perundangan diselesaikan? Jadi, mengapa perlu takut dengan sistem AES ini? Pemandu saya memberitahu sistem AES ini dihidupkan semula dan telah ada kes pertama yang didakwa di mahkamah beberapa hari yang lalu setelah selesai pilihan raya. Timbul pertanyaan di hati saya: bila pula Peguam Negara mengumumkan pembekuan prosiding saman sistem AES ditarik balik? Jika ditarik balik, kenapa tidak diumumkan secara meluas untuk pengetahuan rakyat?
Seperti saya tentang AES ini, saya yakin rakyat juga tidak marah dengan sistem AES ini. Rakyat tahu tujuan merakam kenderaan yang memandu melebihi had laju adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Rakyat tahu pemasangan AES ini akan membuatkan pemandu lebih berhati-hati semasa memandu. Rakyat tahu mereka yang membangkang AES ini adalah yang selalu melakukan kesalahan lalu lintas. Rakyat tahu tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang buat tidak kisah sahaja kepada rakyat yang melakukan kesalahan.
Walaupun tahu, peliknya rakyat masih mempersoalkan penggunaan sistem AES ini? Mengapa? Ini kerana rakyat tidak setuju dengan penswastaan pemasangan sistem yang bernilai RM700 juta ini kepada dua syarikat sahaja, iaitu Beta Tegap dan Ates. Persoalan rakyat ialah mengapa diswastakan? Mengapa tidak dikendalikan oleh Polis atau JPJ?
Saya yakin rakyat tidak mempersoalkan pelaksanaan sistem AES ini jika sistem dikendalikan oleh pihak Polis dan JPJ. Tetapi apabila sistem AES ini dikendalikan oleh syarikat swasta yang dilaporkan akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan, maka rakyat berasa tersinggung kerana merasakan penguatkuasaan sistem ini tidak lagi melibatkan soal keselamatan jalan raya, tetapi lebih kepada keuntungan.
Seperti juga dengan kisah saya tentang perangkap laju yang dibuat oleh polis dekat dengan lapangan terbang KLIA, rakyat juga marah dengan sistem ini kerana kedudukan kamera tersebut diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti di kawasan menurun bukit dan jalan lenggang dengan had laju 80km sejam. Bagi rakyat, bila jalan lengang dan menurun bukit, takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan masa boleh dijimatkan? Bagi rakyat, takkanlah semata-mata hendak dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta itu, mereka dibebankan dengan kompaun wajib RM300!
Bagi rakyat, kalau hendak kurangkan kemalangan jalan raya ada cara lain, bukannya dengan cara menggunakan poket mereka. Contohnya, baiki jalan yang rosak, bina lebih banyak jalan, buat lorong motorsikal dll. Jangan hukumi rakyat dengan sistem yang menguntungkan syarikat atau pihak luar. Jangan jadikan AES sebagai satu perniagaan!
Yakinilah, rakyat tidak mahu kerajaan yang mesra kapitalis. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan yang mesra rakyat. Semoganya!
- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM

No comments:
Post a Comment