Saturday, July 20, 2013

Macam mana boleh lupa anak

Semalam seorang guru melakukan kecuaian yang tidak sepatutnya. Anaknya mati sesak akibat kepanasan yang melampau kerana ditinggalkan di dalam kereta selama 5 jam. Aku tak tahu kenapa dia terlupa.

Aku tidak pernah melupakan anak aku walau aku berkerja atau apa jua yang aku buat. Dalam kes ini, maksudnya ibu tersebut langsung tidak ingat anak-anaknya dalam tempoh yang lama. Memang ibu tersebut boleh didakwa atas kecuaian, namun hukuman tidak menyelesaikan masalah. Kesedaran lebih penting dari menghukum.

Pernah satu hari orang rumah aku call. " Abg anak dalam kereta, kunci dalam kereta tak leh bukak" Aku capai hammer terus pergi rumah pengasuh. Semua traffic light aku langgar,.Celok la mana yang boleh aku celok. Sampai kereta, aku tengok anak aku cuma berpeluh, tak menangis. Mungkin hari dah petang cuaca pun tak panas. Jadi anak tidak kepanasan dalam kereta.

Kebetulan ada dawai, 5 minit pintu aku berjaya membuka pintu. Allamdulilah, anak aku selamat dan aku tak perlu menggantikan cermin kereta. Selepas kejadian itu, kat poket atau kereta mesti ada kunci pendua kereta orang rumah.

Kejadian kedua anak aku hilang di pasar malam. Aku lepaskan tangan anak aku untuk membayar. Tidak sampai seminit tiba-tiba anak aku sudah tidak ada kat sebelah. Aku naik pitam. Tanya penjual dia kat tak nampak. Tanya orang yang lalu lalng, mereka jawab sama. Dalam kalut ada seorang abang menyapa aku. Cari anak.? Tadi kat sana ada budak menangis. Aku terus berlari ke arah yang dinyatakan. Alhamdulilah... satu pasangan menahan dia dari bergerak.

Dua bulan lepas, kejadian sama berulang. Walaupun pra sekolah, smart reader amat prihatin berkaitan dengan pembelajaran. Hari Sabtu ganti sekolah. Aku bangun lewat. Orang rumah aku berkerja dan kebetulan pengasuh aku ada majlis tahlil. So dia bawak anak-anak aku yang lain mengikut mereka.

Nak dijadikan cerita, orang rumah terbawa kunci kereta aku. Nasib baik aku ada kunci pendua. Sampai sekolah, teacher bagai tau, Dhani dah naik van. adehh... camne ni.. pengasuh takde. Rumah kosong. Call driver van dia tak jawab. Aku terus pergi rumah pengasuh. Otw macam-macam yang bermain dalam kepala. Tapi aku yakin anak aku selamat. Dia tak akan pergi mana-mana. Apa yang aku risau kalau ada orang Indon yang bawak dia lari.

Sampai tangga rumah pengasuh, ada budak berbaju melayu. Aku tergamam. Abah...??Abahhhhhh...!!! anak aku terus memeluk aku dan menangis. Aku dukung dan tenteramkan dia. Aku tanya apa yang dia buat. Mulanya dia ketuk pintu rumah pengasuh. Lama dia ketuk tapi tak buka. Lepas itu dia turun bawah tengok van takde. Dia naik rumah lagi. Ketuk rumah tapi takde orang. Aku tanya, nape tak pergi rumah Mak Long.?
(depan rumah pengasuh rumah akak aku ) Aim tengok rumah Mak Long,  kasut takde. So aim tak ketuk. Pastu dia cakap tunggu kat tangga dan nangis.

Tadi nape Aim jumpa abg kat tangga bawah. Nak tengok abah... ermm... hanya Tuhan yang tahu perasaan aku. Ciannya anak aku. Untuk next, bab menjaga keselamatan anak. Kita sebagai ibubapa tidak ada kompromi.

Boleh orang umah cakap, " ingat teacher tahu tak yah naik van.. Kan hari ini ada sesi ibubapa. Emmm.... lain kali, jangan fikir orang lain tahu apa yang kita fikir. Okkk..~!

No comments:

Post a Comment