Sunday, July 21, 2013

Zulkifle Nordin berkata benar

Apa tujuan blogger pembangkang membangkit isu Zulkiflie Nordin? Bulan puasa aku tak nak membuat prasangka. Tapi secara jujurnya aku kecewa kepada mereka, terutama kepada yang berkata dia lebih Islam dari orang Islam yang lain.

Pertama - Timbalan presiden perkasa mengaku bahawa beliau berkata sedemikian semasa beliau masih menjadi pembangkang. Selepas bekas MP Kulim Bandar Baru ini keluar pakatan, pembangkang sengaja memuat naik video tersebut kerana video tersebut hanya dimiliki oleh mereka.

Sebagai orang Islam mengapa perlakuan ini terjadi. Kerana perbezaan ideologi maka kepentingan agama dan umat Islam bukan perkara utama. Ini bukti agama dijadikan modal kepada mereka yang berkepentingan. Kalau bangsa atau agama lain tidak akan terjadi sikap seperti ini.

Mungkin.. aku kata mungkin. Semasa Zulkifle Nordin ini memberi ucapan, semua yang hadir terdiri dari orang Islam. Maka beliau telah bercerita seperti dalam video tersebut. 
Adalah mustahil beliau berkata sedemikian jika terdapat orang bukan Islam.Secara jujurnya kita orang Islam, apakah yang disebut oleh beliau salah.? Beliau sahajakah yang berkata sedemikian.? Aku rasa orang agama juga berkata seperti itu. Mengapa kita harus menyembah patung sedangkan berhala itu kita yang membinanya. Jadi, kenapa kita harus menekan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap beliau.?

Umno tidak mengambil tindakan terhadap Zulkifle Nordin bukan kerana beliau merupakan calon umno Shah Alam. Memang dari segi undang-undang sivil Zulkifle boleh dikenakan tindakan kerana berbau hasutan. Namun jika beliau disabitkan salah, bukankan bermakna orang Islam secara tidak langsung mengakui bahawa patung-patung itu Tuhan?

Kalau seorang murid bertanya kepada ustaz di sekolah, mengapa kita tidak boleh menyembah patung.? Cukup ke ustaz tersebut hanya menjawab syirik kerana menyekutukan Allah.? Semasa zaman Nabi, baginda telah memusnahkan semua berhala. Tapi zaman sekarang, kerana konsep keterbukaan kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan patung terbesar di Asia. Tapi ironinya, mereka mengatakan mahu menubuhkan kerajaan Islam.

Aku tak nak kata orang yang memuat naik itu bodoh, tapi mungkin dia memang orang yang kurang akal. Sepatutnya biarlah ia rahsia sesasama Islam mengapa kita harus menghebahkan kepada umum. Kerana mahukan undi, mereka sanggup menekan agama sendiri. Dan yang lebih hina bila ada blogger yang menjadi hero kepada bangsa dan agama lain. Memang babeng…

Adalah tidak pelik kalau Khalid Samad atau pemimpin Pas yang lain menyokong duta vacitan city. Kita sudah maklum bahawa Pas sememangnya berpendirian menyokong orang kristian menggunakan kalimah Allah. Maka adalah tidak adil menghalau Biskop Marino keluar dari Malaysia kalau orang Islam sendiri menyokong tuntutan mereka.

Entahlah.. mungkin orang kita terlalu liberal untuk menerima penindasan itu. Orang politik berdiri kerana sokongan rakyat. Jadi, untuk menyalahkan Khalid Samad atau Siti Mariah pun tidak boleh kerana mereka dipilih oleh rakyat. Yang patut dipersalahkan ialah orang yang menyokong beliau kerana memberi kuasa.

Kebanyakan blogger dibayar. Kerja mereka menghentam orang yang melawan bos mereka. Kekadang mereka tidak kisah dengan kepentingan umat. Asal dapat duit, semua boleh. Ikut korang la.. aku tidak terlibat dengan semua itu.

Kita perlukan wang, tapi agak-agak la. Biar tidak berwang asal kita tidak mendapat dosa yang tidak sepatutnya. Anggap kita akan mati esok…. Walau mati pun perlu menggunakan duit, tapi tidaklah sebanyak mana. Sedekah orang ramai sudah cukup membiayai perjalanan kita.


No comments:

Post a Comment