Sunday, August 18, 2013

Bapak borek anak rintik

Isunya bukan duit kerajaan untuk membayar gaji Nedim. Tapi sikap sosial anaknya yang keterlalaun akan mencemarkan parti. Amalan melantik anak beranak dalam arena politik bukan baru. Najib sendiri anak Abdul Razak. Malah dalam pakatan pembangkang, parti itu boleh di katakan syarikat keluarga. Sebab itu, mereka tidak membangkitkan isu ini.

Ada pendapat, ok la Pak menteri melantik anaknya. Sekurang-kurangnya bapanya boleh mendidik dan menjaga tindak tanduknya. Iya, mungkin ada benarnya pendapat itu. Tapi aku rasa agak lewat si bapa untuk mendidik anaknya. Mungkin Nora Danish boleh menerima air yang diminum oleh Nadem, tapi bukan aku atau orang Islam.

Memang benar kata MP Sepang. Sepatutnya Nadem perlu belajar dari bawah. Jaga dulu Parlimen Padang Rengas. Jadi tidak la menjolok mata. Hakikatnya bapak borek anak rintik. Bapak punya la begar mengeluarkan kenyataan. Macam kementerian itu dia yang punya.

/me jaga kawasan parlimen tapi nama tertera dalam web kementerian.?


No comments:

Post a Comment