Monday, August 19, 2013

ulama memang tidak boleh ditegur?

Walaupun kita tidak sependapat tapi kita harus menghormati pendapat orang. Tapi kekadang aku agak jengkel dengan pendapat yang menonong. Terutama kepada mereka perasan dia bagus.

Satu perkara yang aku tak faham, kenapa jika sesorang yang pro bn akan dipanggil macai sedangkan orang itu sendiri seperti macai yang tak berbayar.

Orang biasa seperti aku tak perlu la menyokong sesuatu perkara secara membuta tuli. Salah tetap salah. Kalau ada komen yang bernas boleh la diutarakan. Kalau tak, jangan la bagi komen macam orang bodoh. Menyokong tak tentu pasal.

Sekarang ulama tidak boleh disentuh atau dikomen. Mereka yang taksub akan seperti hilang akal jika orang yang dipujanya ditegur. Aku terima hal ini kerana mereka membela ulama. Ironinya kenapa mereka mengutuk ulama atau ustaz-ustaz yang menyokong kerajaan.

/me membela ulama bukan kerana agama tetapi politik.

1 comment:

  1. tn, ramai yg muslim tapi tak ramai yg mukmin...sbb tu cakap tak ingat dunia, siap ugut dgn merangkak cari uai lagi...

    ReplyDelete