Friday, August 16, 2013

.......

PETALING JAYA 15 Ogos - Seorang ibu kepada tiga anak dihukum penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku mencuri pakaian kanak-kanak yang kesemuanya bernilai RM316 di sebuah pasar raya, minggu lalu.
Majistret Mohd. Nazri Omran turut memerintah Zurinah Alang Ghafor, 33, yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat, dipenjara 14 hari lagi sekiranya gagal membayar denda.
Tertuduh didakwa mencuri tiga helai pakaian kanak-kanak jenama Miki dan sehelai seluar jenama Seed di pasar raya AEON Jusco, IOI Mall, Puchong dekat sini kira-kira pukul 4 petang, 7 Ogos lalu.

Mungkin mencuri kerana ingin membuat persiapan hari raya. Terdesak.? mungkin tapi mencuri tetap satu kesalahan. Tidak semua orang mampu  untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga. Jadi, bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Jangan asik nak komplen je gaji tk cukup. Ramai lagi yang susah dari kita.

No comments:

Post a Comment