Friday, August 30, 2013

Kitol melayu

Dalam perutusan kemerdekaan negara yang ke 56 yang disiarkan melalui youtube, ketua pembangkang mahu berdialog dengan kerajaan. Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan kenyataan beliau bahawa perdana menteri telah menawarkan kerajaan perpaduan, namun beliau menolak tawaran tersebut demi kepentingan bersama dalam pakatan rakyat.

Kalau sebelum ini pembangkang begitu ego menolak dialog, mengapa dalam perutusan tersebut beliau seakan seperti orang yang mengalah.?

Dialog atau perpaduan adalah perkara yang sama. Banyak kali umno telah menghulurkan tangan demi kelangsungan agama dan negara. Namun pembangkang mencemuh kerana mereka beranggapan bahawa umno akan kalah dalam pru yang lalu. Kalau sebelum ini ada yang mahu meludah Ustaz Nasharudin kerana menjadi agen umno, mengapa macai-macai pakatan tidak mahu meludah Anwar Ibrahim?

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua pemuda umno. Pendapat yang diutarakan oleh KJ selari dengan intipati perutusan ketua pembangkang. Kalau inilah mentaliti ketua pemuda parti yang dikatakan membela bangsa dan agama, perwakilan pemuda diwajibkan menolak beliau sebagai ketua pada PAU yang akan datang.

Aku tidak nampak masalah dengan kontrak sosial kecuali kepada mereka yang mahu menggadaikan kepentingan agama dan bangsa. Jika semata-mata mahu mewujudkan sekolah satu aliran maka agama lain setaraf dengan agama Islam, berbaloikah kita.? Dalam bahasa mudah, adakah KJ mahu status bumiputera dihapuskan.?


/me Kj kitol yang perlu dilihat dari kanta pembesar.

No comments:

Post a Comment