Apa jua alasan, aku tak setuju kerajaan naikan harga minyak. Dikala harga minyak dunia dalam trend penurunan kerajaan, tiba-tiba kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Ron95. Kalau tidak silap aku, Najib hanya menyentuh isu BR1M dalam kenyataanya.
Aku tak nak cerita panjang. Harga minyak pun dah naik. Jadi terpulang kepada rakyat untuk memilih siapa yang patut memerintah.
Pendapat aku - inilah level akal menteri pemandu. Untuk dapat duit secara mudah, kerajaan disaran jual aset. Dah takde aset, kurangkan subsidi. Sepatutnya Pak Menteri berfikir luar kotak tetapi malangnya akal Idris Jala macam budak sekolah.
Seluruh rakyat tidak perlukan BR1M jika kerajaan terpaksa menaikan harga minyak. Rakyat marah bukan kerana nilai 20 sen, tapi kenaikan harga minyak seperti teori domino. Bukan setakat BR1M tidak memberi apa-apa makna, kenaikan gaji untuk tahun akan datang pun tidak cukup untuk menampung kos kenaikan barang.
Alangkah bagusnya jika kerajaan mampu mengurus ekonomi dengan inovasi baru. Kalau korea boleh melahirkan banyak syarikat swasta berkelas dunia, Malaysia sepatutnya belajar bagaimana produk Jepun dan Korea mampu bersaing di peringkat global.
Berapa usia proton.? Kenapa prestasi proton suam-suam kuku.? Kalau kita mahu mencapai negara maju, proton sepatutnya sudah mampu bersaing dengan kereta keluaran korea.
/me lambatnya pru 14
Rakyat terpaksa telan bila harga RON95 naik.
ReplyDeleteHerannya harga RON97 tak naik.
Kerajaan suka sedut 20sen dari poket Rakyat miskin tapi sangat bertimbang rasa bila nak sedut 20sen dari org Kaya.
SUNGGUH TAK BERHEMAH KERAJAAN KINI.