Thursday, September 5, 2013

Janji Najib, minyak naik harga barang tak naik

Banyak persatuan sukan tidak diuruskan dengan baik. Terutama berkaitan dengan melahirkan bakat juara. Sebagai contoh, persatuan badminton. Hampir setiap tahun BAM melahirkan seorang juara remaja dunia, tapi entah dimana silapnya, bakat mereka tidak mampu digilap menyaingi Lin Dan.

Menyebut tentang ketelusan, aku masih tidak berpuas hati dengan isu kenaikan minyak.Dalam blog Din Turtle petang tadi menimbulkan seribu pertanyaan. RON97 lebih murah berbanding RON 95.

RON 95 = RM 2.10 + 0.63 (subsidi) =RM2.73
RON 97 = RM 2.70 (tanpa sudsidi)

Akhirnya Din dapat jawapan. Dikatakan bermula tengah malam ini, RON97 akan mengalami kenaikan sebanyak 15sen. Mungkin teruja sangat hendak mengasak poket rakyat, Pemandu terlupa bahawa kenaikan itu menyebabkan RON 97 lebih murah. Takpe la, ibarat kata Din, benda dah setle. Nak melalak pun tak guna. Kita yang memilih umno untuk memerintah. Tak gitu..??

Perkara yang menyebabkan aku kurang berpuashati apabila orang membuat perbandingan harga minyak dengan negara maju tanpa melihat pendapatan perkapita. Walaupun harga minyak Singpore RM5, pendapatan rakyat mereka sebulan bukan RM3@4K seperti kita. Jadi kesimpulanya harga minyak kita lebih mahal dari Singapore. Inilah kelebihan negara maju atau nilai matawang.

Tak guna membangkitkan isu minyak. Kita tadah sahaja harga barang yang akan naik. Petang tadi semasa menyembang dengan penguasaha bas sekolah, mereka akan menaikan tambang untuk sesi persekolahan akan datang. 

Najib kata, ekonomi negara akan lebih mampan jika kerajaan mengurangkan subsidi. Jadi kita sebagai rakyat kena la berkorban walau kerajaan mampu mengeluarkan 500 juta untuk Prk Kuala Besut. Paling bengang, telefon pun perlu subsidi. Membazir ya amat....... rebat bukan adik beradik subsidi ke.? aduhai....

Farah salah seorang Pemandu Najib. Padanlah Najib sayang dengan Idris Jala. Rupanya dalam pejabat Pemandu ada kupu-kupu malam. Sebab itu pembelian Honda untuk menggantikan kereta perdana dikira penjimatan walaupun nilainya berbilion ringgit. Rakyat disaran berjimat tetapi perbelanjaan kerajaan makin boros.

/me Indonesia lebih banyak minyak, tapi berapa jumlah rakyatnya.?
unspiner


No comments:

Post a Comment