Friday, September 6, 2013

najib wajar meletak jawatan

Semenjak Najib mengambil alih pentadbiran, hutang negara naik mendadak. Dalam masa yang singkat, Najib telah membuat hutang hampir 200b. Oleh kerana hutang negara hampir mencecah 55% KNDK maka Najib seperti tidak ada pilihan lain selain menaikan harga bahan api.

Apa yang meresahkan dengan pentadbiran Najib ialah displin beliau dalam menguruskan kewangan. Kebanyakan perbelanjaan kerajaan bukan berteraskan kepada modal pembangunan. Dalam bahasa mudah, duit yang digunakan akan hangus tanpa memberi pulangan. Berbeza dengan era Tun, walaupun hutang negara tinggi, namun Tun membelanjakan wang tersebut sebagai modal mendapatkan untung. 

Dalam keadaan hutang yang tinggi, apa rasionalnya kerajaan menukar kenderaan rasmi kerajaan kepada honda.? Dianggarkan kerajaan akan membelanjakan sebanyak 1.5b. Yang menjadi tanda tanya kepada aku, mengapa alat ganti kereta tempatan lebih mahal daripada kereta import.? Jika benar fakta ini, kerajaan telah menganiaya rakyat dengan memaksa membeli kereta mahal dan rendah kualitinya.

Kenaikan minyak untuk membantu golongan rendah adalah fakta bodoh. Kereta mahal tidak menggunakan minyak yang banyak berbanding kereta lama terutama proton. Orang kaya tidak rasa kenaikan harga barang. BR1M tidak diperlukan jika kerajaan berjaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Upah dan gaji juga tidak seimbang diantara sektor swasta dan kerajaan. Jika kakitangan awam boleh menekan kerajaan untuk menaikan gaji, pekerja swasta pula akan lebih tertekan.

Jika kerajaan berhemah dan berwawasan membangunkan negara, kenaikan 20 sen tidak menjadi isu. Najib menjadi PM atas kapasiti presiden parti melayu, tetapi keseluruhan pentadbiran Najib diarah oleh Jabatan pemandu yang dimonopoli bukan melayu. Jika Pemandu memacu kejayaan aku tidak mempertikaikan, tapi pemandu membawa rakyat kepada masalah hutang.

Bagaimana pemandu mahu menghasilkan sesuatu yang baik jika mereka sendiri tidak ada moral. Sepatutnya EPU diperkasakan dan bukan serba serbi pemandu. Aku kira dasar kerajaan adalah arahan dari bilik pemandu. Bila sebut dasar negara, secara tidak langsung ia adalah matlamat umno. Hairan bin ajaib bagaimana pemandu boleh diberi peranan sebagai pemikir umno.

Satu tahap, apabila Idris Jala menjadi pengerusi menangani jenayah, aku hilang kepercayaan kepada Najib. Secara jujur, aku tidak nampak satu kebaikan pun daripada pemandu. Yang selalu dihasilkan oleh pemandu ialah cara untuk menyusahkan rakyat. Jadi adalah lebih baik, Najib meletak jawatan. 

No comments:

Post a Comment