Petang tadi Mat Sabu turut serta dalam himpunan jangan serang Syria di hadapan kedutaan Amerika. Walaupun kerajaan Syiria begitu kejam menganiaya rakyatnya, aku tidak pernah melihat atau membaca kenyataan Mat Sabu mengutuk kerajaan Syiria. Sebelum ini dilaporkan lawatan Mat Sabu di Syira telah mendapat liputan meluas termasuk diberi ruang dalam satu wawancara televisyen.
Satu insiden menarik apabila Khalid Ismath menghadap Mat Sabu sewaktu beliau mendaftar di USM. Khalid Ismath secara terbuka mengaku beliau adalah syiah. Adakah ia membuktikan Mat Sabu adalah kepala Syiah dia sebelah utara.?
Walau Pas dikatakan parti Islam, mereka tidak pernah mengambil berat isu berkaitan dengan penyebaran syiah. Mereka sedar kesan kepada parti jika mereka mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berfahaman syiah. Dalam kita berlengah, syiah mengambil kesempatan di atas senario politik sekarang. Jika dulu mereka mengamalkan secara sembunyi tapi sekarang mereka berani menonjolkan diri.
Kita selalu share kejadian di Mesir dan Syiria. Tetapi kita tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Pergolakan di sana adalah kerana perbezaan mazhab. Di Malaysia perpecahan umat hanya disebabkan politik yang terlampau. Kita tidak mengambil kisah akan syiah kerana ia belum mengancam keselamatan negara. Tetapi tidak mustahil satu hari nanti apa yang terjadi di asia barat akan terjadi pada negara.
Dikatakan sebelum ini majlis syura Pas ada memanggil Mat Sabu dan beliau menafikan bahawa beliau adalah berfahaman syiah. Mustahil beliau nak mengaku kerana prinsip syiah itu sendiri berpura-pura. Ada yang menyimpulkan bahawa syiah ini adalah kafir yang terpaksa memeluk Islam kerana mereka mahu membalas dendam dengan orang Islam. Sebab itu mereka bersengketa dengan sunnah dan bersengkongkol dengan musuh Islam.
Jadi terpulang kepada kita samada mahu memerangi syiah atau membiarkan mereka terus merosakan akidah umat Muhammad. Jangan kerana politik kita sanggup menggadaikan segalanya seperti kita menyokong A. Samad Said. Sepatutnya, tidak kira siapa pun mereka, jika mereka tergolong sebagai mahluk perosak, sewajarnya kita tentang.
Budak syiah ini juga berada di kedutaan. Kebetulan atau Mat Sabu memang sependapat dengan Khalid.? |
No comments:
Post a Comment