Setakat ini hanya teknologi pembinaan kapal semakin maju. Jika kerajaan memberi bantuan sewajarnya, industri ini akan memberikan pulangan yang positif. Tidak mustahil satu hari nanti negara mampu membina kapal pengangkut yang boleh dieksport dan menjadi salah satu sumber pendapatan negara.
Inai kiara telah berjaya membina kapal pengeruk terbesar di Asia sementara sebuah syarikat usahasama syarikat tempatan dan Daewoo Shipbuilding Marine Engineering telah berjaya membina kapal latihan bagi TLDM.
Walaupun Tun Mahathir sudah pencen, beliau masih bersemangat mahu melihat industri pembinanan kapal maju berbanding Najib. Jika benar Najib mengambil peduli dengan industri ini sudah pasti perasmian KD Gagah Samudera tidak diwakilkan kepada isterinya. Sebaliknya Tun agak konsisten memerhati perkembangan teknologi perkapalan.
Najib tidak membuat satu gagasan ekonomi yang besar berbanding dengan perdana menteri sebelum ini. Sepatutnya Najib boleh memajukan industri ini kerana negara kita mempunyai asas yang kuat disamping sejarah lama membuktikan kerajaan melayu lama adalah negara pelaut. Dengan berkerjasama dengan pembuat senjata, aku rasa industri pembuatan kapal mampu membina kapal perang setanding dengan pengeluar perang yang lain.
Walaupun kapal perang klewang terbakar, Indonesia terlebih dahulu mengorak langkah membina kapal perang. Tidak ada istilah pembaziran jika kerajaan cuba memajukan industri ini kerana prospek ekonomi dalam industri perkapalan dan pertahanan tidak pernah menunjukan unjuran kerugian.
Aku bukan mahu bercerita kisah pembinaan kapal. Tapi aku mahu menyentuh industri automotif atau kereta negara. Jika kereta honda boleh dibeli dibawah 100K sepatutnya harga kereta proton tidak mahal seperti harga sekarang. Memang ada pendapat, BMW sendiri tidak mampu mengeluarkan kereta serendah 100K.
Adakah kualiti kereta proton setanding BMW atau kereta yang lain.?
Mengambil contoh harga kereta Myvi, adalah tidak berbaloi kita membeli kereta tersebut setinggi 50K. Bezakan kualiti kereta honda Jazz dan kereta ini. Sepatutnya Myvi dijual sekitar 40K kerana ia dibuat dalam negara serta kualitinya sekadar seadanya. Malangnya kereta tersebut dijual dalam lingkungan 50K.
Sebelum ini ada artikel yang menjawab persoalan kereta proton lebih murah di Australia. Kebanyakan orang pro kerajaan sekadar menukar nilai ringgit dengan dollar tanpa mengupas pendapatan rakyat atau perkapita.
Harga petrol Malaysia RM 2.10 sementara Australia RM 4.46 (mengikut artikel dibawah) sementara harga preve di kedua negara adalah hampir sama iaitu dalam lingkungan 61K. Memang dalam hal ini proton tidak menjual preve murah di Australia. Tetapi jangan lupa, harga minyak RM4.46 adalah nilai ringgit dan bukan dollar Australia. Maksudnya rakyat Australia mengisi minyak adalah sekitar 1.50 dollar disamping pendapatan rakyatnya jauh lebih tinggi dari rakyat Malaysia. Jadi jika purata pendapatan mereka 10K dollar,berapa la sangat harga minyak disana.
Begitu juga dengan preve. 61K itu ringgit maka rakyat Australia membeli Preve hanya sekitar 20K dollar. Maka kesimpulanya, memang benar Preve tidak dijual lebih murah dari Malaysia tetapi ia membuktikan harga kereta di negara maju adalah jauh lebih murah. Disamping itu spesifikasi sesebuah kereta jauh lebih baik daripada dalam negara.
Nilai ringgit semakin jatuh. Ini kerana Najib tidak menekankan membina ekonomi. Sebaliknya pentadbiran Najib mengikut telunjuk Pemandu yang langsung tidak menitik beratkan pembinaan ekonomi baru yang lebih mampan.
Jika samsung mampu mengalahkan apple dalam persaingan telefon pintar, tetapi kita masih berpeluk tubuh untuk membangunkan ekonomi baru.
Kenapa kereta Proton di Australia lebih murah daripada Proton di Malaysia?
GAMBAR ini adalah propaganda yang sedang meluas dikongsi di FB. Ia disebarluaskan untuk menghasut kebencian terhadap Proton dan kerajaan dengan menggunakan data yang cukup mengelirukan. Sebelum kita membuat penilaian, ada baiknya kita membuat analisa secara objektif.
Persoalannya, adakah benar kereta Preve lebih murah di Australia berbanding Malaysia? Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Ia adalah lebih murah di Australia kerana cukai tidak dikutip sepenuhnya ketika pembelian dibuat.
Di Malaysia, kereta Proton juga tertakluk kepada cukai eksesais walaupun cukai import bagi Proton adalah lebih kecil.
Tahukan anda bahawa di Malaysia, kita memberi subsidi petrol tetapi di Australia, bukan sahaja petrol tidak disubsidikan, malah mereka mengenakan dua jenis cukai eksais petrol dan kemudian GST petrol?
Ini bermakna, setiap kali anda mengepam petrol atau memandu, kerajaan Australia mengutip cukai daripada anda. Petrol di Australia adalah kira-kira RM4.46 seliter berbanding RM1.80 seliter di Malaysia. (Semua harga berdasarkan negeri Victoria. Sydney adalah lebih mahal)
Cukai jalan di Australia pula adalah kira-kira RM2,100 setahun manakala Malaysia adalah RM90 untuk model ini Proton Preve. Insurans di Australia adalah RM2700 setahun berbanding hanya RM1700 setiap tahun di Malaysia.
Jika dibuat pengiraan, purata 20,000 km perbatuan setiap tahun, pemvbelian Proton Preve adalah masih murah di Malaysia. Pada tahun pertama, Proton Preve (Australia) adalah RM61,805,23. Proton Preve (Malaysia) adalah RM61,336,80.
Selepas tiga tahun, Proton Preve (Australia) adalah RM89, 376,83. Proton Preve (Malaysia) adalah RM72, 203,40. Perbezaan ini adalah lebih besar jika anda membandingkan model yang lebih murah seperti Saga atau Gen2.
Apapun, diharap Kerajaan BN akan menepati janji mereka untuk mengurangkan harga kenderaan Malaysia sebanyak 30% dan ini akan meningkatkan lagi perbezaan.
Jangan bandingkan dolar untuk dolar kerana kita juga perlu membandingkan cukai Australia dan juga lebih tinggi (dijangka akan menjadi lebih tinggi tahun ini) kadar pengangguran dan kepesatan ekonomi mereka. Dalam soal ini, proton juga tentunya mengambil kira faktor-faktor ini bagi memastikan jenama dan produk mereka boleh berkembang di luar negara termasuk Australia.
Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

Vios siam RM?
ReplyDelete