Monday, September 9, 2013

10B bagi kat rakyat dah bising


Dari maklumat sesawang kpdnkk memaparkan maklumat berkenaan dengan subsidi kerajaan pada tahun 2010. Walaupun ia sudah tiga tahun berlalu, namun ia menimbulkan persoalan ketulusan kerajaan dalam memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Daripada penjelasan yang diberikan, pada 16 Julai 2010 RON97 sudah dijual mengikut harga pasaran iaitu harga minyak tanpa subsidi. Sehingga 4 Disember 2010, harga RON97 sekitar RM2.30. Apa yang aku persoalkan dari mana datangnya kerajaan memberikan subsidi 78sen seliter.?
Kerajaan hanya membelanjakan kira-kira 10b setahun bagi subsidi bahan api kepada seluruh rakyat Malaysia. Nilai tersebut memang besar bagi individu tetapi pada sebuah kerajaan yang apa la sangat dengan nilai 10b.

Kenapa aku kata 10b bagi kat rakyat pun kerajaan merungut.? Banyak sangat ketirisan kerajaan mengawal kewangan. Sebagai contoh IPP. Berbelas tahun IPP menikmati subsidi yang tinggi. Sehingga satu ketika TNB tidak mampu bernafas kerana IPP. Keuntungan IPP jauh lebih tinggi dari TNB, tetapi apa maanfaat IPP kepada rakyat. Kerja TNB swasta tapi dari segi gaji seperti kerajaan. Kalau TNB banyak memberi sumbangan kepada rakyat, apa sumbangan IPP..???


Mengapa kita harus membina IPP.? Kemungkinan kejadian satu semenanjung bergelap akibat manipulasi sesetengah orang termasuk orang dalam TNB yang mahu memungut keuntungan. Sehingga kini TNB terus diasak oleh orang yang berkepentingan untuk dipecahkan. Idea Mypower ini diilhamkan oleh Idris Jala.

Sebenarnya perancangan mypower sudah dipersetujui oleh Najib. Tetapi oleh kerana pru yang lepas, Najib terpaksa menunda projek ini. Sekarang parasit yang mahu merompak hasil negara kembali bersama Najib untuk meneruskan projek itu.

Jika kerajaan mahu berbakti kepada rakyat, seluruh warga TNB rela berkhidmat untuk rakyat. Asalkan bukan orang seperti Che Khalid mengetui syarikat, pasti kegelapan dapat dikurangkan.

Antara Idris Jala dan malaun di Khazanah sama sahaja. Mereka semua mentadbir bukan kerana amanah, tetapi mereka berkerja untuk menyusahkan rakyat. Mengapa kerajaan boleh bagi 30b setahun kepada IPP.?? baca kat sini dan sini.

No comments:

Post a Comment