Bila terjadi sesuatu kemalangan ngeri - siasatan awal mendapati pemandu bas mempunyai saman tertunggak. Kemalangan ngeri itu dikaitkan dengan brek tidak berfungsi serta tayar bas tersebut sudah haus. Rata-rata penumpang menyatakan, keadaan bas tersebut terlalu usang dan tidak sesuai digunakan di laluan tersebut.
Menurut cerita penumpang yang terselamat, pemandu bas ada memberhentikan bas selama beberapa minit kerana menyedari bas tersebut mengalamai kerosakan. Menurut salah seorang abang kepada mangsa yang terkorban, mereka sering mendengar cerita bas ulang alik yang digunakan adalah dalam keadaan yang tidak selamat.
Terkini : Pertengkaran antara pemandu bas dengan
pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting
Highlands semalam.Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa
pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang
pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang
merbahaya.“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu
laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.
Cerita aku - Bas yang terhumban di km 3.5 jalan genting kerana jalan tersebut tidak dipasang dengan sistem AES. Bas malang itu dikhuatiri dipandu melebihi had laju yang ditetapkan. Oleh sebab itu kerajaan bertegas agar sistem AES ini diteruskan. Sejajar dengan usaha kerajaan menjayakan kempen sifar, pemasangan kamera AES akan diperluaskan.
Kerajaan memasang AES kerana mahu mengorek poket rakyat. Ia sama seperti menaikan cukai tembakau dengan alasan untuk menjaga kesihatan rakyat. Realitinya kenaikan cukai tersebut sebenarnya menambahkan bilangan pesakit kronik.
Ramai yang mempersoalkan perlaksanaan ini. Jadi aku tidak mahu kritik aes. Ketika ini umno ketandusan pemimpin. Yang tinggal untuk menjadi pemimpin kerajaan orang seperti Idris Jala yang hanya mementingkan poket sendiri. Lantak korang la nak nak merompak duit kerajaan atau mengkayakan kroni. Itu lu punya pasal. Tapi bila duit poket aku dikorek, tak guna menyokong parti seperti ini.
Bila umno terkubur, sebenarnya tidak merugikan pemimpin umno. Mereka tak kisah pun samada umno terkubur atau tidak. Duit mereka sampai 7 keturunan pun tak habis.
/me tunggu dasar kenderaan persendirian wajibkan pemeriksaan puspakom.
No comments:
Post a Comment