Thursday, August 22, 2013

Rakyat mati polis salah, penjenayah mati polis pun salah.

Aku langsung tak faham kenapa ada orang membela penjenyah. Mereka seperti menyokong kegiatan kongsi gelap dan penjenayah. Yang lebih menghairankan aku, kenapa kita sebagai rakyat biasa boleh menyokong pemimpin seperti ini.?
Adalah mustahil mereka menyokong tanpa ada sebab. Kegiatan judi haram atau gangster sebenarnya dinaungi oleh orang kenamaan seperti orang politik dan orang kaya. Nilai urusniaga haram ini amat menguntungkan kerana ia mampu menghasilkan nilai puluhan billion. Biasanya hasil tersebut akan dihalalkan melalui perniagaan yang sah. Sebab itu mereka saling berkerjasama.

Kenapa kita semakin tidak rasional.?

Kerana politik, komen dan sokongan kita berpandukan kepada ideologi politik. Begitulah taksubnya kita dengan politik. Akal kita yang bijak tidak digunakan. Sepatutnya kita menyokong tindakan polis membenteras jenayah dan bukan mengecam.


Semenjak polis membuat operasi pencegahan, kejadian tembak ditempat awam tidak kedengaran. Kalau sebelum ini, ada saje berita mengenai kejadian bunuh menggunakan senjata api. Mangsa tidak mengira siapa. Penjual nasi lemak pun dibunuh. Maka sewajarnya rakyat mengucapkan taniah dan terima kasih kepada pihak polis kerana berjaya menjalankan tugasnya dengan baik.

Dalam operasi cantas oleh pihak polis, 5 orang penjenayah yang ditembak adalah kaum india. Pemimpin India samada dari pihak pembangkang atau yang berstatus timbalan menteri melenting dan menyalahkan pihak polis kerana tidak beruasaha menangkap.

Ada komen.? Aku takde komen.... betul la... polis kena guna SOP untuk tangkap penjenayah. Mana boleh main tembak je. Tapi lepas ini aku harap ada penjenayah yang akan tembak pemimpin mereka. Biar mereka tahu kenapa pihak polis bertindak sedemikian.

/me polis mati takpe... jangan penjenayah mati.

No comments:

Post a Comment