Peminjam PTPTN dikenakan tindakan CCRIS.
Para peminjam mesti tidak setuju. Aku bukan peminjam PTPTN, boleh ke aku memberi komen.?
Beli kereta, ansuran wajib bayar. 3 bulan tak bayar taiko tarik kereta sampai. Personal loan - kalau tak bayar, surat lawyer sampai. Sekali surat peguam sampai, 300 ditambah dalam akaun hutang. Dalam sesuatu tempoh, jika kita gagal melangsaikan hutang, maka nama kita akan disenaraikan hitam. Bila nama dah hitam, gelap la urusan hidup.
Pinjaman ptptn adalah hutang, maka jika kita tidak bersetuju dengan langkah yang akan diambil oleh ptptn, maka kita dengan sendirinya membantu penghutang tidak membayar hutang.
Cer criter hutang mana yang tidak patut dibayar.?
Aku tidak menyokong dan tidak membantah. Tapi aku memahami situasi tabung pendidikan ini. Kalau semua pinjaman tidak dibayar balik, agak-agak berapa lama kerajaan mampu menanggung beban ini.
Perlu diketahui - jika kerajaan tidak ada cukup duit, dana kwsp digunakan sebagai cagaran. Untuk kakitangan awam, ia bukan satu kerugian. Tapi bagi pencarum, bukankah ia satu kerugian.
Kenapa kita tidak begitu liat membayar hutang ptptn.?
Tidak berkerja.? gaji tak cukup untuk membayar.? hutang yang bukan keutamaan atau sengaja tidak mahu membayar.?
Aku rasa ptptn sudah banyak melaksanakan rungutan daripada orang ramai. Dari kos pengurusan 4% kepada 1%. Selain itu syarat pembayaran balik juga dilonggarkan. Antara banyak-banyak hutang, hutang ptptn la yang paling longgar. Tidak lupa janji kerajaan. Belajar rajin-rajin dapat pointer bagus, hutang lupus.
Dikalangan penghutang ptptn yang liat membayar balik pinjaman adalah mereka yang bergaji besar. Mereka beranggapan adalah menjadi kerugian membayar balik pinjaman yang mereka " tak rasa" meminjam. Mereka tidak sedar, duit untuk yuran dan sara hidup untuk mendapat degree adalah hutang.
Apa lagi penghutang ptptn nak.? Kalau nak hutang hapus, dulu semasa belajar kena la rajin. Dan kalau rasa ptptn tidak perlu, mengapa mengambil hutang.?
Semua hutang perlu dibayar. Di kampung - semasa jenazah hendak diusung untuk dikebumikan, biasanya tok imam atau ahli keluarga akan membuat pengumuman. Jika arwah ada mempunyai hutang, boleh berhubung dengan keluarga arwah. So.. mahu ke kita di tanya di akhirat.?
Pendapat aku - Semua peminjam yang memohon kerja dengan kerajaan diwajibkan memotong gaji untuk membayar ptptn sementara sektor swasta duit kwsp akan ditolak semasa wang caruman dikeluarkan pada usia 55 tahun.
/me kalau tidak mahu bayar ptptn, next
election undilah pakatan
No comments:
Post a Comment