Kemunculan pertama bersama Arsenal tidak menghampakan. Dari gerakan yang dimulakan oleh beliau, Ozil membuktikan pembelian memecah rekod kelab adalah berbaloi. Walaubagaimanapun aku melihat permainan beliau belum begitu serasi. Mungkin kerana beliau masih baru bersama pasukan berbanding dengan Flamini. Mungkin sebab itu beliau tidak meraikan gol bersama rakan pasukan walaupun gol itu berpunca dari beliau.
Kelemahan ketara Arsenal adalah di bahagian pertahanan dan penjaga gol disamping kekurangn penyerang tulen. Sebelum jendela perpindahan ditutup, tidak kedengaran Arsenal ingin membeli Demba Ba dan Juan Mata, rupanya disebalik tabir, Wenger sudah kena game dengan Mourinho.
Ketajaman Olivier Giroud semakin menjadi namun dengan corak 4-1-4-1, Giroud sepatutnya lebih bersedia di depan gol kerana taktik menggunakan seorang penyerang amat memerlukan penyerang sentiasa di depan gol. Oleh sebab itu Van Persie sering mendapat kasut emas kerana beliau sentiasa bersedia jika bola dihantar di depan pintu gol lawan. Peminat Arsenal boleh lihat kekosongan yang sering ditinggalkan oleh Giroud. Seperti perlawanan malam tadi, bola lintang dari Walcott sekadar melintas di depan gol kerana ketiadaan pemain Arsenal.
Salah satu faktor mengapa perlawanan pertama Arsenal kalah menentang Aston Villa ialah ketiadaan Arteta sebagai defensive midfielder. Tetapi malam tadi Flamini berjaya menampung ketiadaan Arteta. Seperti sebelum ini, kemasukan Cazorla dalam pasukan telah merubah corak permainan pasukan. Aku kurang berminat kerana beliau lebih suka mencuba dan agak mementingkan diri sendiri.
Malaysia sepatutnya menerapkan cara permaian seperti Arsenal. Corak mereka bermain seperti Barcelona, Sepanyol atau Brazil. Mereka bermain amat simple tetapi menghiburkan. Malaysia tidak mempunyai bakat besar seperti Drogba yang mampu mengubah keputusan pasukan. Arsenal bukan permainan individu, sebaliknya Wenger menerapkan permaian berpasukan.
Apa perbezaan diantara Ong Kim Swee dan Rajagopal.?
Kim Swee mampu mengesan pemain yang berbakat untuk diserapkan di dalam pasukan, sebaliknya Rajagobal mendapatkan pemain Ong Kim Swee. Mungkin kerana posisi Rajagopal sebagai jurulatih kebangsaan maka beliau ada alasan mengapa beliau mengambil pemain Ong Kim Swee.
Dari segi corak permaian yang diterapkan, Ong Kim Swee lebih berkaliber berbanding dengan Rajagopal. Tetapi dari segi pemerhatian aku, terdapat ketempangan dari segi taktik yang diterapkan dan cara seseorang pemain itu mencorak permainan. Sebagai contoh, pemain harus pandai membuka ruang untuk rakan menghantar bola.
Dari dulu kita ketandusan penyerang proflik yang mampu menjaringkan gol. Rozaimi perlu bekerja lebih keras kerana kawalan bola dan penyudah dari beliau belum begitu baik. Apapun, jika jurulatih kebangsaan mampu menyerap kekurangan 'bakat pemain", pasukan bola sepak negara mempunyai masa depan yang cerah. Ini kerana kita mempunyai ramai pemain berbakat di semua posisi kecuali penyerang.

Jika Arsenal mahu menjulang trofi, musim akan datang Arsenal perlu mencari penjaga gol yang lebih cekap disamping mencari centre back yang lebih berkualiti. Namun permaianan Laurent Kocielny tidaklah begitu menghampakan.Cuma kalau Arsenal mendapat permain seperti Puyol atau David Luiz Arsenal akan bertambah mantap. Szczesny? Hampir semua penjaga gol kelab di EPL lebih baik dari beliau.
Malaysia sepatutnya menerapkan cara permaian seperti Arsenal. Corak mereka bermain seperti Barcelona, Sepanyol atau Brazil. Mereka bermain amat simple tetapi menghiburkan. Malaysia tidak mempunyai bakat besar seperti Drogba yang mampu mengubah keputusan pasukan. Arsenal bukan permainan individu, sebaliknya Wenger menerapkan permaian berpasukan.
Apa perbezaan diantara Ong Kim Swee dan Rajagopal.?
Kim Swee mampu mengesan pemain yang berbakat untuk diserapkan di dalam pasukan, sebaliknya Rajagobal mendapatkan pemain Ong Kim Swee. Mungkin kerana posisi Rajagopal sebagai jurulatih kebangsaan maka beliau ada alasan mengapa beliau mengambil pemain Ong Kim Swee.
Dari segi corak permaian yang diterapkan, Ong Kim Swee lebih berkaliber berbanding dengan Rajagopal. Tetapi dari segi pemerhatian aku, terdapat ketempangan dari segi taktik yang diterapkan dan cara seseorang pemain itu mencorak permainan. Sebagai contoh, pemain harus pandai membuka ruang untuk rakan menghantar bola.
Dari dulu kita ketandusan penyerang proflik yang mampu menjaringkan gol. Rozaimi perlu bekerja lebih keras kerana kawalan bola dan penyudah dari beliau belum begitu baik. Apapun, jika jurulatih kebangsaan mampu menyerap kekurangan 'bakat pemain", pasukan bola sepak negara mempunyai masa depan yang cerah. Ini kerana kita mempunyai ramai pemain berbakat di semua posisi kecuali penyerang.
No comments:
Post a Comment