Sunday, September 15, 2013

Selagi Tuan Guru masih ada.......

Dua perkara Nik Aziz akan memberikan respon dengan cepat. Pertama kenyataan melibatkan Mahathir dan kedua perkara yang melibatkan penyatuan ummah.    (dialog bersama umno)
ALOR SETAR 14 Sept. - Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di sini hari ini mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) disemak semula.

Seperti aku kata sebelum ini, selagi Nik Aziz masih hidup maka kita tidak akan melihat penyatuan ummah. Tuan Guru seperti elergik mendengar perkataan umno. Mengapa beliau bersikap sedemikian, hanya beliau yang tahu. Mungkin beliau berpendapat umno itu kafir. Tetapi mungkin pendapat seorang ini, ada asasnya.

“Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non-Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.
Seringkali pemimpin Pas mendakwa bahawa mereka bersama Pakatan Rakyat berjaya mempromosikan Islam kepada non muslim. Aku kurang pasti mengapa ramai pemimpin Pas mengatakan sedemikian. Adakah kerana sekarang non muslim mahu mengangkut bendera Pas atau kerana sebilangan pemimpin Dap menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah mereka.

Jika hanya kerana perkara ini, Pas silap dalam membuat tafsiran politik. Aku boleh ibaratkan jika cina Kelantan mampu bercakap loghat Kelantan sebagai tanda kejayaan Pas Kelantan.Apapun terpulang kepada pemimpin Pas samada mereka mementingkan sokongan muslim atau non muslim.
Apa yang aku ingin katakan, tahaluf siyasi Pas bukan sahaja melemahkan parti itu malah ia memudaratkan Islam secara keseluruhanya.

No comments:

Post a Comment