Saturday, October 5, 2013

Ahli umno kenal pemimpin mereka hanya sewaktu pemilihan umno

Utusan- "Kalau jadi calon tapi tidak pergi berkempen, bagaimana mahu menang? Kalau bertanding jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula mahu jadi ahli Majlis Tertinggi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Belia Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai reaksi beberapa calon yang berhadapan kesulitan untuk menjalankan kempen dan menganggap syarat yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan itu terlalu ketat.
Antara syarat terbabit ialah calon tidak boleh menggunakan mana-mana penerbitan atau media massa untuk berkempen, atau menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu.
Calon juga tidak dibenar berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diatur badan perhubungan UMNO setiap negeri.
Bagaimanapun jawatankuasa pemilihan baru-baru ini memberi kebenaran kepada calon-calon yang bertanding untuk berkempen melalui media sosial seperti Facebook.
Pemimpin meraih simpati daripada perwakilan
Pemilihan umno kali ini memang agak sukar. Setakat ini hanya seorang sahaja menjadi pilihan ramai. Tidak keterlaluan aku kata, andai Zahid Hamidi bertanding kerusi timbalan presiden, beliau akan menang. Sebaliknya, jika calon lain mahu menang, maka beliau wajib hadir dalam kempen yang dianjurkan. Oleh kerana lawan kepada KJ tidak ada umph, aku rasa beliau juga akan menang kerusi Ketua Pemuda Umno.

Selepas rayuan dibuat,maka media sosial dibenarkan. Bukan mudah menggunakan media sosial untuk menarik perwakilan tetapi sekurang-kurangnya ia membantu calon memperkenalkan diri. Walaupun Zahid popular tidak semestinya beliau mampu menumbangkan Tan Sri Muhyiddin. Itulah politik.

Apa yang dilakukan oleh Zahid tidak ada kena mengena dengan pemilihan umno. Di kementerian pertahanan beliau juga juga berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Musim lepas, The Gladiators digeruni lawan. Kesimpulanya Zahid memang wajib diangkat sebagai pemimpin parti.
Poll ini bukan dipilih oleh perwakilan. Jadi keputusan survey tidak menggambarkan pilihan sebenar ahli. Kalau poll ini survey pilihanraya aku setuju ia menggambarkan keputusan sebenar.

 = Ramai calon mahu bertanding, tetapi tidak pandai menonjolkan diri. 

No comments:

Post a Comment