Ini yang menyebabkan rakyat marah. Rakyat semakin tertekan dengan kos sara hidup semakin tinggi kerana rasionalisasi subsidi kerajaan. Tetapi pada masa yang sama perbelanjaan kerajaan tidak berhemah.
Jika kerajaan mahu menang pru14, sepatutnya kerajaan menggerakan belia di segenap pelusuk negara.Kita tidak perlukan program seperti ini untuk menarik minat orang muda. Mereka lebih celik untuk menilai kebaikan dan keburukan.
Aku sering mendengar keluhan ketua pemuda atau belia di kampung. Kat mana nak cari dana untuk menggerakkan belia. Pemimpin di kampung bukan mahu merompak wang kerajaan tetapi mereka mahu belia di kampung mempunyai aktiviti yang berfaedah.
Jika umno berterusan seperti ini, tidak mustahil BN akan tersungkur. Peluang sudah diberikan kepada umno, malangnya pemimpin tidak pernah berubah sikap.

No comments:
Post a Comment