Orang Islam yang menentang penggunaan kalimah Allah di semenanjung tidak menafikan Allah adalah Tuhan sekalin umat. DIA yang menjadikan dunia dan semua kejadian di dunia. Allah yang disebutkan oleh firaun adalah Allah yang Maha Agung, bukan allah berhala atau matahari. Begitu juga di zaman nabi Muhamad. Musryikin menolak menyembah Allah. Allah yang dimaksudkan ialah ALLAH yang maha ESA.
Konflik - Jika mereka orang kafir mengatakan berhala atau matahari itu Allah, kita tidak boleh menghalang mereka. Itu agama dia dan urusan mereka.
Kenapa kita membenarkan non muslim menyebut Allah pada lagu sesetengah negeri. Biarkan mereka sebut. Ini kerana Allah yang dimaksudkan dalam lagu tersebut adalah Allah yang maha Esa. Yang kita tidak benarkan adalah kalimah Allah diguna pakai untuk merujuk kepada benda yang menyekutukan Allah. Contoh yang diberikan oleh presiden Pas tidak sesuai langsung. Tak pernah dengar non muslim menyebut Allahuakbar bila melihat kekuasaan Allah. Aku rasa sembahyang mereka pun tidak ada menyebut ke Allahuakbar. Jadi Allahuakbar tidak sesuai langsung untuk dijadikan contoh.
Islam adalah agama sejagat, dimana Islam boleh diamalkan mengikut budaya setempat asalkan tidak merosakkan prinsip Islam. Di Malaysia, jika di tulis tuhan, ia membawa maksud tuhan umum. Tetapi jika kita tulis Tuhan, biasanya ia merujuk kepada agama si penulis. Tetapi bila menyebut Allah, ia adalah Tuhan kepada Muslim. Inilah tatabahasa penulisan dan budaya orang Malaysia. Mengapa kita harus ubah sedangkan ia masih selesa digunakan.
Orang Arab menggunakan perkataan allah kerana bahasa arab tidak ada perkataan lain untuk merujuk God. Dalam bahasa jawa, "Pengeran Kuoso" adalah kata ganti bagi nama Allah. Begitu juga dengan di eropah. Mereka menggunakan God kerana itu bahasa mereka. Muslim eropah menggunakan perkataan Allah. Situasi ini sama dengan Malaysia.
Hakikatnya, bahasa adalah mengikut sosio setempat. Tidak semua perkara boleh samakan di semua tempat. Seperti LGBT. Jika eropah mengamalkan adakah negara perlu memberi kelonggaran seperti mana yang dituntut oleh COMANGO.
Sabah dan Sarawak dibenarkan kerana ia digunakan sejak berzaman kerana kebanyakkan daripada mereka menganutinya sejak dahulu lagi. Sehingga kini, Islam bukan agama majoriti bagi negeri tersebut. Tetapi di semenjung kristian dibawa setelah zaman moden. Dikatakan Islam datang ke semenanjung sejak kesultanan melaka lagi.
Kesimpulanya, jika di eropah menggunakan God, mengapa kristian di semenanjung Malaysia tergedik mahu menggunakan kalimah Allah. Terjemahan dalam kamus God ialah Tuhan, bukan Allah.
Jika kita perhatikan, sekarang ini ramai non muslim masuk kristian. Mengapa bible di tulis dalam bahasa melayu sedangkan orang bukan melayu gagal menguasai bahasa melayu.?
Sama seperti kes membenarkan peguam non muslim menjadi peguam syariah. Ia akan merintis permasalahan yang lebih besar. Dari segi teknikal undang-undang, mereka sebenarnya dibenarkan. Jika ia berlaku, ia adalah permulaan kepada kerosakkan Islam. Kalau jadi peguam boleh, sudah semestinya mereka juga menjadi hakim syariah.
Jika non muslim mahu menggunakan kalimah Allah, mereka mesti mengakui bahawa ALLAH itu Maha ESA yang tidak boleh disekutukan. Jangan sesekali terpedaya dengan perangkap mereka.
Kerana politik mereka menafikan bahawa kristian sememangnya mempunyai agenda mengkristian orang Islam. Para ustaz Pas menyangkal dakwaan ini termasuklah ustaz amin. Tapi secara tidak sengaja beliau sendiri menemui bukti bahawa memang terdapat gerakan yang mahu mengkristiankan Malaysia.
No comments:
Post a Comment