Friday, October 25, 2013

TNB mengguna pakai sop, rakyat yang tidak mematuhi undang-undang

Ramai yang menyalahkan kerajaan dalam insiden banjir lumpur di Cameron Highlands. Ada yang menyuarakan pendapat agar menteri yang bertanggungjawab meletak jawatan. Jika menteri dipersalahkan, TNB sudah pasti tidak lari dari tanggungjawab.

Dalam hal ini, kita seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan mengikut emosi. Isu ini sebenarnya besar. Ia berkait rapat dengan isu keselamatan negara. SOP melepaskan air empangan atau empangan pecah adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis keselamatan negara.

Untuk aku share sop dari peringkat menteri sehingga ke pengetahuan rakyat, agak panjang. Mungkin kita boleh dapat sop ini di pejabat daerah yang berdekatan.

Mengapa empangan perlu diletakkan di bawah MKN. Jika semua empangan di Malaysia diletupkan oleh pengganas atau musuh (negara berperang), secara teorinya, Malaysia akan tenggelam atau banjir dalam masa sebulan. Oleh sebab itu, pihak tentera meletakan spy dalam empangan kita.

Jika negara berperang, musuh tidak perlu bersusah payah untuk mengalahkan Malaysia. Sasaran utama ialah meletupkan empangan. Contoh empangan kenyir. Jika empangan ini pecah, separuh negeri Terengganu tenggelam dan dalam masa 3 hari air akan membanjiri separuh Pahang dan Kelantan. (kalau tak silap aku).

Oleh sebab itu, pihak tentera sekarang amat memerlukan pertahanan darat ke udara. Senjata yang diperlukan adalah misil jarak sederhana. Dalam iventori atm sekarang, kita hanya mampu menembak jet musuh dalam lingkungan 6km sedangkan untuk menewaskan musuh dalam keadaan ideal dalam lingkuan 40km.

Bukan kali pertama air empangan dilepaskan. Banjir di Kedah satu ketika dulu juga dikaitkan dengan pelepasan air empangan di Thailand. Ada juga yang cerita, banjir teruk di Johor dikaitkan dengan pelepasan air empangan.
Soalan mengapa air dilepaskan waktu tengah malam adalah soalan dangkal. Jika pukul 6 petang air dalam empangan masih dalam keadaan stabil, tiada sebab mengapa pihak tnb mesti melepaskan air. 

Mengikut fakta dalaman (TNB), air dalam empangan naik mendadak. Tidak seperti kebiasaanya. Jika empangan pecah, keadaan pasti lebih buruk. Maka sebab itu tnb terpaksa melepaskan air untuk mengurangkan beban kepada struktur empangan tersebut.

100 buah kereta dan 80 buah rumah dengan kematian 3 orang, aku kira kesan pelepasan air adalah dalam kadar yang paling minima. Bukan tidak menghormati keluarga mangsa, tetapi kita harus menerima hakikat bahawa jika kita mahu menggunakan empangan sebagai sumber penjanaan, risiko seperti ini harus ditanggung. Dan jika kita menolak kaedah hidro dalam industri penjanaan, mampukah kita membayar bil elekrik yang semakin meningkat.

Isunya bukan terhad sop pelepasan air empangan. Tetapi keperluan memindahkan penempatan penduduk di lingkungan bahaya jika air empangan dilepaskan atau pecah. Kejadian ini umpama 'amaran ' kepada bencana yang lebih besar. Mengikut undang-undang, kita tidak boleh menduduki tanah rizab sungai. Tetapi ramai  terutama warga asing membuat rumah di tebing sungai. 

No comments:

Post a Comment