Malaysia vs Qatar (2-0)
Kekuatan fizikal memang menjadi satu faktor penguasaan bola. Tetapi ia bukan perkara utama untuk dijadikan alasan mengapa pasukan negara kalah. Kualiti atau skill pemain Qatar memang agak tinggi jika dibandingkan dengan pemain Malaysia. Tetapi dalam bola sepak, kunci utama kejayaan adalah kerja berpasukan.
Rata-rata pemain kita belum menguasai asas sebagai pemain bola sepak. Semua hantaran tidak mampu ditampan dengan baik. Hantaran pendek mampu menyelesaikan masalah ini. Dalam perlawanan Malaysia dengan Qatar, kelemahan paling ketara ialah hantaran tidak tepat dan seringkali bola dipintas oleh lawan. Di samping itu, kegagalan memegang bola dengan agak lama juga memberikan tekanan kepada pemain. Ini menyebabkan, bola akan sentiasa berada dalam kawasan permaian Malaysia.
Mengikut situasi perlawanan, Qatar sudah tertekan kerana serangan tidak membuahkan hasil. Barisan pertahanan yang diketui Aidil berjaya mengekang serangan. Tetapi pemain kita tidak pandai mengambil kesempatan ini. Akhirnya bola sepakan percuma membias dan menghasilkan gol pertama.
Dalam perlawanan ini pemain tengah langsung tidak memainkan peranan. Jika corak perlawanan ini tidak berubah, mungkin keputusan perlawanan seperti dijangka. Malaysia akan tewas di tangan Bahrain. Jika kita mempunyai seorang pemain seperti Zidane, berupaya menghantar bola ke kanan ke kiri, mengawal bola dengan sempurna, ranking bola sepak kita pasti akan berubah.
Perlawanan antarabangsa berbeza dengan perlawanan liga. Tapi aku percaya, Junior jika dipilih oleh Rajagopal mampu memberikan persembahan terbaik jika digandingkan dengan Nazmi.
No comments:
Post a Comment