Tuesday, October 15, 2013

Inilah kemampuan pemain Malaysia

Era liga profosional, negara tidak ketandusan pemain pertahanan dan penjaga gol. Kualiti mereka setaraf pemain asia. Posisi kritikal yang masih tidak mampu dipenuhi oleh pemain ialah seorang penyerang proflik.

Walaupun bahagian tengah dilihat masih kosong, pendapat aku ia tidak kritikal seperti posisi penyerang. Bola sepak moden hanya seorang yang bernama Zidane. Figo pun tidak setanding zidane. England, Itali pun tidak ada pemain tengah yang hebat. Maksudnya, pemain tengah boleh dibentuk melalui kreativiti jurulatih.

Jika negara mahu menjadi yang terbaik di asia, Norshahrul dan Shafee perlu ada pengganti. Setakat ini aku belum nampak kelibat penyerang yang aku maksudkan. Penyerang bawah 23 masih bergantung kepada Thamil Arasu. Sudah pasti ranking Malaysia akan kekal terperosok dalam tempoh masa lama.

Di peringkat Asean, Malaysia adalah negara pencabar dalam sesuatu kejohanan. Walaupun, Filipina, Singapore dan Indonesia mengimport pemain, mereka masih mampu dikalahkan. Kalau dulu Malaysia mengimport Marlon, aku pasti negara antara pencabar di peringkat asia. Tapi jati diri dan maruah negara tidak boleh ditaruhkan. Jika negara mahu mengimport, bukan sahaja Marlon, ketajaman Bakamengo pasti akan digeruni lawan.

Satu ketika dulu, Thailand antara pencabar yang ditakuti. Tapi kini tempat itu di ambil oleh Vietnam. Mengapa Vietnam mampu mencabar asia sedangkan prasarana dan pemainnya tidaklah terlalu hebat. Apa yang aku nampak, pasukan ini bergerak begitu cepat semasa menyerang.

Untuk rancangan pendek, ranking bola sepak negara akan berubah jika jurulatih mengubah corak permainan. Kita tidak boleh bermain bola tinggi seperti yang di amalkan sekarang. Pemain disaran bermain dengan tenang untuk mengawal bola terutama bahagian tengah.

Dalam perlawanan Malaysia Bahrain sebentar tadi, Shafiq tenggelam bersama Gurusamy. Azamudin Akil dan Kunalan juga mengecewakan. Dulu, kelibat Mahali dan Wan Zack akan membuatkan stadium bergemuruh. Dengan kecederaan Wan Zack dan prestasi merundum Mahali, kedua pemain ini tidak di turunkan. Cara permaianan mereka berdua sebenarnya perlu di contohi oleh pemain Malaysia yang lain. Biasanya Mahali akan membuat overlapping, tetapi Ruben lebih banyak di bawah kecuali pada permainan masa kedua. Mahali juga berkemampuan merobek gawang. Ini kelebihan beliau.

Norshahrul memang rajin. Beliau layak untuk untuk mendapat pemain terbaik. Tetapi perlawanan ini, barisan pertahanan sepatutnya yang mendapat kredit. Selagi jurulatih bernama Rajagopal, Ahmad Fakri akan diturunkan walaupun permainan beliau suam-suam kuku. Melihat permaianan Bahrain sebentar tadi, sepatutnya Malaysia mendapat 3 mata.

Kita sering lihat permaianan Malaysia. Bermain bola umpama tidak ada midfied. Defend bagi terus pada penyerang.. adehh....  

No comments:

Post a Comment