Wednesday, October 16, 2013

Kurangkan subsidi untuk ekonomi mampan, tapi kita lupa kita hidup semakin sengsara.

Semua orang akan setuju dengan kenyataan ini. Dengan gaji RM6,000 adalah sukar untuk memiliki rumah. Dalam laporan utusan hari ini,  proses rasionalisasi subsidi akan diteruskan dalam 6 bulan akan datang.

Rakyat tidak kisah kerajaan mahu menaikan harga minyak. Apa yang rakyat mahukan, gaji yang diterima juga sepadan dengan kos hidup sekarang. Kerajaan hanya boleh mengawal gaji kakitangan awam, sebaliknya sektor swasta tercicir dalam penstrukturan ini.

Dikatakan kerajaan akan memperuntukan sehingga RM600 juta bagi memberi subsidi perumahan bagi 10k unit rumah. Sebelum ini aku menanti apa tindakan kerajaan dalam mengawal harga rumah atau sekurangnya membantu golongan pertengahan. Namun kebanyakan dasar yang dilakukan tidak mencapai sasaran.

Jika kerajaan menubuhkan AKPK bagi menangani masalah kewangan, kerajaan juga boleh membuat perkara yang sama bagi isu perumahan. Kerajaan boleh membuat kaunseling atau khidmat nasihat kepada mereka yang belum memiliki rumah pertama.

Dari data ini, keutamaan kepada mereka boleh disaring dengan tepat untuk mencapai sasaran. Sebagai contoh, mungkin kerajaan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur tetapi sukar untuk memiliki rumah. SPNB juga disaran memperluaskan skop syarat kelayakan.

Prima dibina perlu di kawasan yang memerlukan. Sebagai contoh, bandar kecil tidak memerlukan prima berbanding bandar besar. Jadi perlu memperbanyakan rumah di bandar besar atau bandar satelit seperti Semenyih atau Nilai.

Di Seremban masih ada rumah dibawah 150K atau dibawah 300K bagi unit rumah mewah. Tetapi di kawasan sekitar putrajaya, rumah teres setingkat 30 tahun berharga 250K mengikut kawasan. Paling murah pun kita hanya boleh dapat sekitar 180K mengikut nasib kita. Jika harga rumah di Seremban masih berada harga mampu milik, sudah pasti Kelantan jauh tidak memerlukan prima.

Kadar perumahan sekarang dalam lingkungan 4.2% hingga 4.5% setahun. Ini bermakna, pembeli harus membayar hampir RM700 sebulan bagi pinjaman 120K. Di bandar besar, ada lagi ke rumah 120K.?

Secara purata, rakyat di bandar paling kurang akan membayar RM1K sebulan. Membeli rumah baru mungkin tiada masalah bayaran 10%. Tetapi membeli rumah terpakai, biasanya pembeli mahu 10% tunai. Jadi mampukah rakyat membeli rumah selepas habis bergadai untuk perkahwinan.? Secara umum, orang membeli rumah selepas berumur 30 tahun atau 5 tahun berkahwin. Itu pun mengikut jawatan. Jika bukan engineer dan berkerja kerajaan, sendiri mau ingat la. Anak orang kaya, 7.2K tidak menjadi isu.

Kesimpulanya, jika kerajaan mahu mengurangkan subsidi minyak, sebahagian rakyat akan merana. Orang kaya tidak akan merasai keperitan orang bawah. Minyak naik seringgit pun mereka masih ok. Realiti sekarang, kerajaan bersungguh untuk mengurangkan subsidi, tetapi gaji rakyat naik seperti biasa.

Majoriti rakyat memilih Bn sebagai kerajaan. Jadi terpulanglah kepada kerajaan nak buat apa. Untuk 4 tahun akan datang, maka jangan lupa tanggungjawab kita untuk membuang umno dalam laut. Sudah tiba masanya untuk umno dikafankan.

No comments:

Post a Comment